Cara Si Dia Membalas Teks Pesanan Anda, Tunjukkan Perasaan Dirinya
Masih tertanya-tanya sama ada dia menyukai anda atau cinta anda hanya bertepuk sebelah tangan kerana dia tidak pernah menyatakan secara langsung? Tenang, anda boleh mengetahuinya dari caranya menghantar teks mesej.
Perhatikan mesej-mesej yang dia hantar. Jika beberapa perkara di bawah ini kerap anda terima darinya, ertinya dia menyukai anda. Hanya mungkin dia masih menunggu masa yang tepat untuk mendedahkannya secara langsung.
Dipetik dari Lovepanky, berikut beberapa caranya membalas mesej yang menyatakan bahawa dia menyukai anda:
Menghantar mesej sebelum tidur
Jika dia menghantar mesej sebelum tidur, ertinya dia sedang mengingati anda. Sebab, seseorang lelaki tidak akan menghantar teks mesej sebelum tidur jika dia tidak sedang memikirkan anda.
Memuji anda
Jika dia menyukai anda, dia tidak akan malu untuk memuji anda melalui teks mesej. Misalnya, menyebut anda lucu, comel, cantik, atau pintar. Pujian seperti ini biasa dikatakan lelaki ketika mereka cuba menggoda wanita.
Menghantar emoji menggoda
Pernahkah disela mesejnya, dia menghantar emoji menggoda seperti emoji peluk, hati atau cium. Jika ya, ertinya dia sedang cuba menggoda anda. Dengan menghantar emoji menggoda, dia menyukai anda tanpa harus mengatakannya secara langsung dengan cepat.
Mengambil topik yang random
Dia tidak memerlukan topik yang serius untuk selalu menghantar mesej kepada anda terlebih dahulu. Kadang-kadang, dia akan tiba-tiba menghantar teks mesej pada anda dan menceritakan hal yang tak penting. Itu ertinya dia hanya ingin berbual dengan anda kerana dia menyukai anda.
(nip)
The post Cara Si Dia Membalas Teks Pesanan Anda, Tunjukkan Perasaan Dirinya appeared first on Aliff Channel.
Sumber : Aliff Channel
http://ift.tt/2kgQefa
Post a Comment