Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saluran Terbaru Tara HD Di Astro - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saluran Terbaru Tara HD Di Astro

Saluran terbaru Tara HD yang bersiaran di saluran Astro 108 menggantikan Vee Variasi kini membawakan hiburan Hindi khas terbaru, Bollywood Express, Sensation SRK dan Bolly Stage setiap Ahad mulai semalam. Ia memberikan lebih kepuasan kepada penonton kerana Tara HD dalam bentuk definisi tinggi (HD).

Konsert Tara HD soon!
Bollywood Exprees

Naib Presiden Kanan, Kumpulan Pengurusan Kandungan Astro Dr Rajamani Chellamuthu, berkata, di Astro mereka komited dalam membawakan kandungan terbaik kepada penonton.

“Tahun lalu kami melancarkan Tara HD, saluran pertama yang menyajikan hiburan Hindi selama 24 jam di negara ini untuk memberi pelbagai seleksi kandungan hiburan Bollywood. Hari ini (semalam), kami bawakan tiga rancangan terbaru yang pastinya menjadi hadiah istimewa kepada peminat Bollywood,” katanya.

Berdurasi 30 minit, Bollywood Express yang bersiaran jam 7 malam menampilkan selebriti Melayu popular yang juga peminat tegar Bollywood. Mereka akan melakukan lakonan semula, tiru gaya, menyanyi dan berkongsi apa saja mengenai Bollywood termasuk bintang pujaan mereka.

Antara selebriti tempatan terbabit dalam rancangan itu ialah Datuk Jalaluddin Hassan, Siti Nordiana, Azad Jasmin, Nubhan, Dewi Liana, Seriestha, Firman, Abby Yus, Miera Liyana, Najwa P Ramlee, Erra Fazira, Amyra Rosli, Amar Bahrin, Syamel, Ernie, Tegar, Fauziah Latiff dan Marsha Milan Londoh.

Bolly Stage pula memberi peluang kepada pencinta muzik Bollywood untuk menyanyi bersama penyanyi kegemaran mereka dan menikmati karya muzik luar biasa yang tidak pernah dialami sebelum ini. Selain itu menerusi program yang ke udara pada jam 6.30 petang ini penonton akan dihiburkan dengan persembahan muzik selama 30 minit bersama Abhijeet Bhattacharya, Palak Muchha dan Armaan Malik pada episod tertentu.

Sensation SRK yang dapat disaksikan pada jam jam 7.30 malam akan membawa penonton melayari kehidupan bintang paling popular dan berkarisma dalam dunia hiburan Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan.

Program 13 episod ini akan memaparkan kisah kehidupan SRK dari awal pembabitannya sehingga menjadi bintang Bollywood terkenal. Antara babak menarik yang dapat disaksikan menerusi program ini termasuk ketika dia bergelar pelajar, kemudian berjinak-jinak dengan pementasan teater, kisah cintanya dengan Gauri, pengorbanan dan kepayahan hidup di Mumbai serta hubungannya dengan beberapa bintang terkenal juga jatuh bangkit kerjayanya.

Pelanggan NJOI juga boleh menonton TARA HD dengan melanggan pada harga RM7 untuk 3 hari, RM10 (7 hari) dan RM25 (30 hari). Selain itu, pelanggan Astro boleh menonton Tara HD menerusi aplikasi Astro on the Go (AOTG) dengan saluran berdefinisi tinggi (HD).

Langganan AOTG termasuk dalam pakej Super Pack Plus, Super Pack, Multi room, Sports Pack dan Value Pack tanpa sebarang caj tambahan dikenakan. Manakala bagi pelanggan Astro dengan pakej lain, ia boleh dibeli pada harga RM10.60 untuk sebulan. - HMetro





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.