Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas Instagram Dan Facebook, Perkongsian Gambar Dan Video Terhad 24 Jam Mungkin Ke WhatsApp - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas Instagram Dan Facebook, Perkongsian Gambar Dan Video Terhad 24 Jam Mungkin Ke WhatsApp

Pihak Facebook merupakan pemilik untuk sejumlah aplikasi popular, termasuk Instagram dan juga WhatsApp. Mereka sebelum ini telah hadir dengan fungsi seumpama Snapchat pada Instagram melalui Instagram Stories. Melaluinya, gambar dan video yang dikongsikan akan dipaparkan untuk tempoh 24 jam, dan seterusnya selepas tempoh berkenaan ia akan hilang secara automatik.

Fungsi yang serupa juga turut dilihat telah diintegrasikan oleh Facebook pada aplikasi mudah-alih utama mereka, dan diuji dikalangan pengguna yang kecil buat masa ini. Dinamakan sebagai Facebook Stories, ia turut hadir dalam bentuk ikon yang dipaparkan pada bahagian atas aplikasi mudah-alih Facebook untuk memudahkan pengguna mengikuti perkembangan rakan-rakan mereka.

Chrome IG Story

Pada WhatsApp, melalui versi pembangunan, ia dilihat mereka telah sedia menyertakan sebuah fungsi yang dinamakan sebagai Status. Ia telah hadir sejak daripada tahun lepas, namun pihak WhatsApp masih belum mengaktifkannya secara rasmi. Ini sedia dijangka mengambil sedikit masa – apatah lagi memandangkan sebelum ini kod-kod awal untuk WhatsApp Audio telah hadir dan mengambil masa lebih setahun sebelum diperkenalkan kepada umum.

Perkongsian Status pada WhatsApp bukan sesuatu yang baru, tetapi dibawah Facebook, mereka dilihat ingin menjadikannya lebih sosial – sekaligus membolehkan pengguna berinteraksi mengenainya dan membuatkan masa yang lebih lama dihabiskan pada aplikasi berkenaan. Bagi anda yang sering menggunakan aplikasi WeChat, mungkin fungsi ini bukan sesuatu yang mengejutkan anda. Aplikasi dari tanah besar China berkenaan sedia mempunyai sebuah fungsi yang lebih kurang serupa, dinamakan Moments.

Melalui versi ujian pembangunan, ia dilihat WhatsApp bukan akan menawarkan fungsi sekadar berkongsi status biasa semata-mata, tetapi juga untuk perkongsian gambar dan juga video.

Kod-kod awal untuknya telah pun dilihat pada bukan sahaja versi Android, tetapi juga pada iOS dan juga Windows Mobile. Pengguna boleh berkongsi WhatsApp Status dalam bentuk teks, gambar atau video, dan ia akan hilang selepas tempoh 24 jam. Berbeza dengan Instagram, pengguna boleh berkongsi status berkenaan kepada pengguna lain melalui tetingkap sembang – dan perkara berkenaan akan turut hilang selepas 24 jam walaupun dikongsikan pada tetingkap sembang lain.

WhatsApp Status

Seperti perkhidmatan sosial yang lain, WhatsApp Status dilihat boleh turut dihadkan kepada penerima yang diinginkan, selain pengguna boleh mute akan Status daripada seseorang supaya tidak diperlihatkan kepada anda.

Melalui perubahan antaramuka yang diuji, paparan Status mempunyai tab tersendiri dalam aplikasi WhatsApp – dimana diletakkan bersebelahang dengan kotak sembang dan panggilan audio. Tab untuk Contacts dilihat dialihkan, dan digantikan dengan Status.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak WhatsApp akan memperkenalkan fungsi ini secara rasminya kepada semua. Tetapi, memperlihatkan pembangunan dan kod-kod awalnya telah mula tertiris dengan lebih meluas, mungkin ia akan hadir pada tahun ini, atau mungkin juga tidak.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kHFp6t

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.