Hi! Welcome Back and Stay Tune! Macam mana kuasa eksekutif Trump boleh efek kepada rakyat Malaysia? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Macam mana kuasa eksekutif Trump boleh efek kepada rakyat Malaysia?

Macam mana kuasa eksekutif Trump boleh efek kepada rakyat Malaysia?

Baru-baru ni seluruh dunia telah tengok peralihan Presiden Amerika Syarikat dari Barack Obama ke Donald Trump. Tapi sebelum Trump jadi presiden lagi ramai telah mengeluh dan menyatakan perasaan tak puas hati terhadapnya kerana sikap dia yang rasis dan juga memandang rendah terhadap wanita.

Walaupun ramai yang tak setuju, ada juga masih memandang positif terhadap peralihan tersebut dan sepanjang  waktu dia berkempen untuk menjadi presiden, Trump telah menjanjikan beberapa perkara dalam manifesto dia yang membuatkan sesetengah orang terpinga-pinga.

Kepada sesiapa yang sambut Halloween, kami ada cadangan topeng untuk anda. Gambar dari fullredneck.com

Mungkin kita rakyat Malaysia fikir ‘eleh dia orang Amerika kot, buat apa kita nak sibuk’. Betul, tapi memandangkan Amerika Syarikat memainkan peranan penting di pentas dunia, sebarang tindakan dari negara tu secara langsung/tidak langsung akan efek kepada kita juga.

Tapi sebelum kita tengok apa je arahan executive Trump, izinkan kami untuk memberi penerangan apa tu arahan eksekutif sebenarnya…

Macam kuasa mutlak untuk presiden tapi bukan

Berbeza dengan perdana menteri kita, kat Amerika Syarikat ada kuasa khas untuk presiden mereka dimana pemimpin tersebut boleh mengeluarkan arahan yang menyerupai undang-undang kerajaan, ibarat kuasa veto dari presiden.

Suka betul dia ni. Gambar dari Giphy.com

Tapi arahan tersebut bukanlah macam kuasa raja-raja zaman dulu tu, malah kalau parlimen tak setuju dengan arahan tersebut ia boleh ditarik balik dan dibatalkan. Arahan eksekutif tu juga kena berpandukan undang-undang negara dan tak mengatasi perlembangaan negara.

Selain dari ditarik oleh parlimen, kuasa eksekutif juga boleh dibatalkan melalui pemilihan presiden baru. Contohnya sebarang arahan eksekutif Obama boleh digulingkan kalau Trump ambil keputusan untuk batalkannya. Penggunaan kuasa eksekutif ni bukan satu benda yang baru malah sebelum ni ramai je presiden Amerika Syarikat yang pernah guna kuasa tersebut terutama sekali time perang dan gawat ekonomi.

Nampak macam akan efek kat orang Amerika Syarikat je kan? Tak juga, sebab pengaruh negara yang besar ia meliputi negara-negara lain juga seperti kita. So jom kita tengok macam mana ia memberi kesan kepada kita.

Kenaikan harga barang hasil dari pemindahan pekerja kilang

Barang macam DELL, IBM, Apple, dan macam-macam lagi tak asing dikalangan pengguna kita. Malah banyak syarikat Amerika Syarikat telah membuka kilang dan pejabat mereka di sini dan ia meliputi pelbagai industri, dari minyak sampailah ke IT.

Booth DELL yang ada kat Low Yat, KL sebelum ni. Gambar dari plazalowyat.com

Pertukaran mata wang dan peluang pelaburan yang menarik telah membawa mereka ke sini dari Amerika Syarikat dan secara tak sengaja menyebabkan produk mereka keluarkan dijual pada harga yang rendah dan mampu milik.

Tapi pada hari ketiga Trump jadi presiden, dia telah berjumpa dengan CEO-CEO syarikat besar dan memberi amaran bahawa kalau syarikat-syarikat tersebut tak alihkan kilang dan pejabat mereka semula ke Amerika Syarikat, cukai yang tinggi akan dikenakan.

Tindakan ni selari dengan manifesto Trump, iaitu meluaskan peluang pekerjaan dikalangan rakyat Amerika Syarikat. Malah berdasarkan laporan CBC, mereka berkata bahawa salah satu CEO syarikat yang berjumpa dengan Trump adalah Michael Dell, iaitu salah satu big boss komputer DELL.

Kalau kita lihat dari pandangan orang Amerika Syarikat mungkin kita pun akan bersetuju, tapi pakar telah mengatakan bahawa tindakan tersebut sebenarnya penyelesaian sementara untuk masalah yang lebih besar. Malah mereka berkata bahawa tindakan Trump tu akan menyukarkan lagi keadaan.

Lagi pokai la jawapnya… Gambar dari cilisos.my

Okay la, tu masalah dorang tapi macam mana boleh kesan kepada rakyat Malaysia pula? Ingat tak tadi kami kata salah satu sebab produk Amerika Syarikat adalah murah atau mampu milik adalah kerana kilang mereka ada kat negara lain. Haa sekarang cuba bayangkan kalau kilang-kilang tersebut pindah semula ke negara asal.

Kos upah confirm akan naik secara mendadak, dan tu tak termasuk lagi kos penghantaran ke negara kita. Jadi peralihan kilang dan pejabat tersebut akan menyukarkan orang kita untuk membeli barang. Contohnya macam laptop yang sedang diguna oleh penulis sekarang ni jenama DELL, jadi elok-elok harga komputer yang seribu lebih ni terus naik jadi RM4-5k.

Tapi bukan harga naik je boleh jadi masalah, malah seluruh ekonomi negara kita mungkin terjejas sebab…

Pembatalan TPPA sebenarnya tak elok untuk kita?

Sebelum ni Malaysia telah mengumumkan bahawa kita akan join TPPA atau nama panjangnya Trans-Pacific Partnership Agreement di mana kita dan juga 11 negara lain bersetuju untuk membuat perdagangan yang lebih terbuka dan pada masa yang sama melebarkan pasaran masing-masing.

Menteri Perdagangan sewaktu meeting TPPA. Gambar dari waateanews.com

Masa mula-mula dicadangkan tu, ramai rakyat Malaysia tak bersetuju malah ada yang menentang habis-habisan. Isu TPP ni telah memecah-belahkan politik kita sampaikan dibawa naik ke parlimen (kita satu-satunya negara kat dunia yang bawa isu ni sampai ke Dewan Rakyat). Salah satu sebab kenapa boleh jadi sampai macam tu mungkin kerana jenis-jenis rahsia yang termaktub kat dalam perjanjian tu.

BFF kami kat CILISOS pernah tulis secara mendalam pasal TPP ni dimana ia menceritakan tentang baik buruk perjanjian ni. Salah satu perkara yang buat orang semua bising adalah hak bumiputra kat dalam dunia perniagaan dimana ada yang berkata bahawa TPP ni akan menjejaskan hak mereka.

Tapi pakar ada kata yang sebenarnya, perjanjian tu tak menganggu hak bumiputra malah ia menguntungkan. Kalau TPP diteruskan, Malaysia akan diberi peluang untuk ambil sebahagian dari keuntungan market yang dianggarkan sebanyak USD$ 27.5 trillion! Dan juga syarikat tempatan berupaya melebarkan sayap ke negara lain dengan lebih senang.

Imej dari Giphy.com

Tapi tak semua indah khabar dari rupa, sebab masa dokumen TPP ni kantoi kat awam terdapat beberapa isu yang telah diketengahkan oleh masyarakat dan agensi kerajaan. Salah satunya adalah isu perubatan dimana sebarang ubat-ubatan yang ditemui atau direka oleh sesebuah syarikat, ubat tersebut tak dibenarkan untuk ditiru dan kalau kantoi, kerajaan tersebut akan bayar ganti rugi dan bukannya mamat yang meniru.

Contohnya, ada satu syarikat ni (kita kasi dia nama Syarikat A) telah temui cara untuk sembuh kanser dan berdasarkan TPP, Syarikat A berhak pegang formula ubat tersebut dan letak harga. Satu hari ada sorang mamat dari Malaysia ni mampu buat ubat yang sama power pada harga yang jauh lebih murah. Kat dalam TPP, ubat dari Malaysia tu merupakan ubat haram dan kerajaan Malaysia akan dipaksa bayar ganti rugi kepada Syarikat A.

Jadi benda-benda macam ni lah yang merisaukan sesetengah orang. Tapi bukan tu je, ada satu perjanjian kat dalam TPP ni dimana ada setengah perdagangan mampu mengatasi undang-undang negara. Kalau korang tengok kat sini, sesebuah syarikat yang mengalami kerugian disebabkan undang-undang kat negara tu, syarikat tersebut boleh saman kerajaan tersebut.

Apa dia? Kena saman! Imej dari memeful.com

Pasal baik buruk TPP tu sekarang dan belakang kira. Realiti sekarang ni, pembatalan perjanjian tersebut telah menghalang Malaysia untuk rembat sebahagian dari untung market yang berjumlah puluhan trillion dollar Amerika. Dan kalau korang ada impian nak tengok kosmetik Dr Vida masuk ke Amerika Syarikat, boleh teruskan bermimpi.

Tapi ni kita dah takde TPP, mana lagi nak korek USD$ 21 trillion? Haa jangan risau sebab negara China kan ada…

Trump menolak kita ke China?

Sebelum Trump jadi presiden lagi dia telah berjanji untuk membatalkan TPP, dan dalam masa seminggu memegang jawatan presiden, dia betul-betul cancel-kan TPP. Malaysia awal-awal lagi telah ambil langkah berjaga-jaga kalau TPP tu cancel dan back-up plan tu adalah RCEP atau nama panjangnya Regional Comprehensive Economic Partnership.

Masa tengah tulis artikel ni kami telah menghubungi seorang pakar dari sebuah universiti tempatan, demi menghormati privasi beliau kami akan gelarkannya Encik Marzuki. Walaupun ramai kata RCEP ni diketuai oleh negara China sebenarnya tidak, sebab berdasarkan Encik Marzuki RCEP ni sebenarnya inisiatif ASEAN.

Ye sebenarnya ASEAN lah dalangnya bukan China. Imej dari memeful.com

Pada dasarnya, apa yang ditawarkan oleh RCEP adalah lebih kurang sama macam TPP, malah jumlah harga pasaran pun tak jauh tapi masih terdapat beberapa perbezaan yang ketara. Contnya kat TPP mereka mengutamakan hak intelektual, hak pekerja, dan kebajikan alam semula jadi tapi kat sesetengah sektor akan mendapat pengecualian.

Untuk RCEP pula, ia bertentangan sebab mereka tak menjaga sangat pasal hak pekerja dan alam sekitar jadi malah dalam perjanjian RCEP terdapat kelonggaran tariff (cukai import/export) murah, terma dan syarat yang mudah, dan straight forward jadi negara-negara yang sedang membangun senang nak join. So sebenarnya dua-dua ni takde la berbeza sangat tapi lebih kepada penguasaan geopolitikal.

Tapi ni tak bermaksud kita boleh sesuka hati sign RCEP tu tanpa was-was sebab baru-baru ni, China telah mengambil langkah dalam meluaskan pengaruh mereka di kawasan Asia. Negara macam Sri Lanka, Cambodia, Laos, Myanmar, dan Thailand dah terjerat dan secara tak sengaja terpaksa akur kepada China. Tapi adakah kita pun bakal jadi negara ‘jajahan’ China?

Mungkin kita kelam kabut sikit tapi kalau pandai catur permainan, Malaysia akan selamat

Waktu-waktu terakhir Obama jadi presiden, dia telah cuba sedaya upaya untuk menaik taraf hubungan perdagangan Amerika Syarikat dengan Asia Tenggara dan salah satu inisiatif tu adalah TPP. Tapi bukan tu je, malah dia ada buat kenyataan bahawa Amerika mungkin nak join perdagangan antara ASEAN tapi akhirnya gagal juga.

Kalau korang nak baca lagi mendalam pasal TPP, boleh tekan sini.

Sebab sekarang ni China merupakan rakan dagang kedua terbesar untuk Malaysia dan kita pun dah banyak buat bisnes dengan negara Great Wall tu,  adakah kita pun akan tunduk kepada China seperti negara-negara lain?

Encik Marzuki kata kita tak perlu risau, sebab kehilangan TPP dan deal dengan RCEP tak bermaksud Malaysia cendorong ke China. Malah terdapat beberapa option lain yang negara kita boleh pergi iaitu perdagangan dengan EU dan juga EFTA.

“Ospyen yang ada pada Malaysia adalah memperluaskan capaian pasaran dan mempelbagaikan perdagangan supaya tidak terlalu bergantung kepada mana-mana negara demi mengurangkan vulnerability” – Encik Marzuki, interview dengan SOSCILI.

Jadi ya, memang arahan eksekutif Trump telah membuatkan kita macam kelam kabut sikit, tapi ia tak menjejaskan hidup kita untuk jangka masa yang panjang. Kalau menteri-menteri kita pandai catur permainan politik dunia ni, Malaysia boleh maintain neutral dan tak perlu memihak dengan mana-mana blok kuasa besar.



Sumbangan : SOSCILI http://ift.tt/2kIXZuV

a href='http://ift.tt/2dfzQXt' imageanchor='1' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;'>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.