Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Buang Masa Dengan Lelaki Memiliki Sifat Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Buang Masa Dengan Lelaki Memiliki Sifat Ini

Mencintai lelaki adalah hak setiap wanita. Namun bukan bererti anda harus dibutakan cinta dan menyiksa diri sendiri.

Kerana, tidak semua lelaki sesuai untuk anda tunggu. Terutama mereka yang tidak pernah menunjukkan perasaannya pada anda dan selalu menghindari anda. Jangan buang masa untuk lelaki yang tidak mencintai anda. Semak ulasannya dimuat dari Youqueen:

Lambat membalas mesej

Anda bersemangat menunggu teks mesej dari dia dan akan membalasnya dalam beberapa minit sahaja. Tetapi kemudian anda perlu menunggu berjam-jam atau malah berhari-hari untuk mendapat balasannya. Ini adalah petanda bahawa dia tidak menganggap anda penting dalam hidupnya. Selain itu, anda juga perlu melihat balasannya. Adakah hanya sekadar jawapan “ya” dan “saya tak tahu” atau kelihatan berminat dalam perbualan tersebut. Jika dia sekadar membalas “ya”, sudah dapat dipastikan dia tidak menyukai anda.

Tidak melayan anda berbeza

Jika lelaki melayan anda seperti rakan-rakannya yang lain, ertinya dia memang menganggap anda sebagai rakan. Berbeza jika dia menyukai anda, dia akan melayan anda dengan berbeza atau istimewa. Terutama ketika berinteraksi berdua. Tetapi jika dia memang tidak mengistimewakan anda, bermakna anda harus menerima kenyataan bahawa dia tidak suka pada anda.

Menghilangkan diri

Menghilang berhari-hari atau berminggu-minggu tanpa khabar adalah penunjuk bahawa dia tidak menyukai anda. Dia tidak mahu berpayah menyediakan waktu untuk anda kerana dia tidak tertarik pada anda. Selain itu, ini dilakukan kerana dia bingung memberitahu anda bahawa dia tidak berminat. Jika anda bertemu lelaki seperti ini, segera tinggalkan dirinya kerana sudah jelas dia adalah jenis orang yang senang menghilangkan diri ketika ada masalah dan tidak boleh memberi komitmen.

Selalu beralasan

Orang yang berkali-kali memberi alasan untuk bertemu dengan anda tidak layak berada dalam hidup anda. Ini bermakna dia mencari alasan untuk mengelakkan diri dari anda, entah dengan alasan penat, sibuk atau bekerja. Jika dia selalu beralasan setiap kali anda mengajaknya bertemu, ini bermakna dia tidak menyukai anda. Jangan buang masa anda untuk lelaki seperti ini.

(nip)

The post Jangan Buang Masa Dengan Lelaki Memiliki Sifat Ini appeared first on Aliff Channel.





Sumber : Aliff Channel

http://ift.tt/2jsuoB3

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.