Kit Siang Macam Mahathir, Hanya Nak Selamatkan Anak Sendiri?
Langkah Penasihat DAP, Lim Kit Siang memperkenalkan gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ kononnya untuk ‘membersihkan’ imej negara ini yang dikatakan sebagai ‘sarang’ kleptokrasi merupakan lakonannya untuk kepentingan peribadi, termasuk menjaga kepentingan politik anaknya, Lim Guan Eng.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan, gerakan Kit Siang itu hanyalah sekadar ‘wayang’ politik pemimpin itu.
Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan turut mempersoalkan usaha Kit Siang dalam menangani isu kleptokrasi (rasuah dalam kalangan pemimpin) di Pulau Pinang yang dipimpin oleh anaknya.
“Cakap dia selama ini memang mengenai kleptokrasi, namun beliau tidak pernah suruh anaknya (Guan Eng) untuk lakukan perkara sama (tangani kleptokrasi) di Pulau Pinang.
“Sampai sekarang, apa peranan Kit Siang dalam menyelesaikan kemelut yang melanda Pulau Pinang memandangkan itu negeri diperintah anaknya? Kalau setakat berlakon demi nak menang pilihan raya, baik hentikan saja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini semalam.
Selasa lalu, Kit Siang dilaporkan sanggup duduk semeja dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan Gerakan dalam usaha ‘membersihkan’ imej Malaysia yang dikatakan ‘sarang’ kleptokrasi.
Sebelum itu, menggunakan alasan yang sama iaitu untuk ‘menyelamatkan Malaysia,’ Kit Siang menawarkan diri untuk menjalin kerjasama dengan Pas tetapi ditolak oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menyentuh mengenai cadangan pertemuan Kit Siang dengan pemimpin-pemimpin BN, Mohamad berkata: “Hasrat Kit Siang dari dahulu sampai sekarang tidak pernah berubah iaitu segala apa yang diperjuangkannya adalah untuk kepentingan sendiri, selain menyelamatkan kerjaya politik anaknya, Guan Eng.
“Kepada Kit Siang…usahlah berlakon. Biar kita (BN) buat kerja kita, dia buat kerja dia,” katanya.
The post Kit Siang Macam Mahathir, Hanya Nak Selamatkan Anak Sendiri? appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment