Hi! Welcome Back and Stay Tune! Agong Serah Watikah Lantik 10 Ketua Perwakilan Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Agong Serah Watikah Lantik 10 Ketua Perwakilan Baharu

Spread the love

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyampaikan watikah pelantikan kepada 10 ketua perwakilan Malaysia yang baharu, termasuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin yang ditugaskan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), di Istana Negara di sini.

Selain Syed Md Hasrin, turut menerima watikah pelantikan ialah Zainal Abidin Bakar (sepanyol), Datuk Rustam Yahaya (Iran), Cheong Loon Lai (Hungary), Datuk Hidayat Abdul Hamid (India) dan Anizan @ Siti Hajjar Adnin (Ireland).

Empat lagi ialah Mohd Aini Atan (Laos)), Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman (Kazakhstan), Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak (Argentina) dan Agus Salim Yusof (Bahrain).

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut hadir pada majlis itu.

Sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia yang baharu ke UAE, Syed Md Hasrin merupakan Setiausaha Bahagian Asia Tenggara sejak 2014, dan pernah memegang pelbagai jawatan di Jakarta, Dubai dan New York.

Bakal Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Zainal Abidin ialah Setiausaha Bahagian Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Bahagian Kerjasama Serantau sejak 2013.

Bekas Duta Besar ke Republik Czech itu juga pernah memegang pelbagai jawatan di Brussels, Hanoi dan Tokyo.

Rustam pula ialah Setiausaha Bahagian Amerikas sejak 2016, sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Iran. Bekas Duta Besar ke Oman itu pernah berkhidmat di London, Yangon dan Kuwait.

Cheong merupakan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Ghana dari 2014, sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Hungary. Beliau pernah memegang pelbagai jawatan di Hong Kong, Moscow dan Washington DC.

Hidayat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, sebelum ini merupakan Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan dari 2014. Beliau pernah berkhidmat di pejabat perwakilan Malaysia di Jeddah, Bandar Seri Begawan, Buenos Aires dan Colombo.

Anizan merupakan Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York sejak 2014, sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Ireland. Beliau juga pernah berkhidmat di Geneva.

Mohd Aini yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Laos, sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Protokol sejak 2012. Beliau pernah berkhidmat di Songkhla dan Damsyik.

Syed Mohamad Bakri merupakan Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar sejak 2014, sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan.

Beliau pernah memegang pelbagai jawatan di pejabat perwakilan Malaysia di New York, Jeddah, Bangkok, Rom dan Harare.

Sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Argentina, Mohd Khalid Abbasi ialah Setiausaha Bahagian Asia Barat dari 2015. Beliau sebelum itu pernah berkhidmat di Jeddah, Karachi dan Seoul.

Agus Salim yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Bahrain, sebelum ini merupakan Menteri Penasihat di Suruhanjaya Tinggi di Pretoria, Afrika Selatan sejak 2016.

Beliau pernah berkhidmat di Bandar Seri Begawan, Almaty dan Kuwait serta sebagai Staf kepada Tim Pemantau Antarabangsa di Mindanao.

Sultan Muhammad V turut menerima watikah pelantikan daripada perwakilan asing termasuk Kamala Shirin Lakhdhir daripada Amerika Syarikat.

Lainnya ialah Servio Saul Samudio Bethancourt (Panama), Rodolfo Solano Quiros (Costa Rica), Maria Gustava (Mozambique), Mlondi Solomon Dlamini (Swaziland), Ahamed Jamaldeen Mohamed Muzammil (Sri Lanka) dan Khalid Ghanim Mohammad Alghaith (UAE). – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lqxeJk

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.