Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pakar Pendakian Diramal Dominasi Jersi Kuning LTDL - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pakar Pendakian Diramal Dominasi Jersi Kuning LTDL

Spread the love

KUALA TERENGGANU – Pakar pendakian dijangka meneruskan penguasaan jersi kuning (juara keseluruhan) apabila kejohanan berbasikal terulung Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 bermula secara rasmi di sini, esok.

Pasukan Manzana Postobon dari Colombia yang tampil kali pertama dijangka menjadi antara pasukan yang perlu diberi perhatian memandangkan sebahagian besar daripada enam pelumbanya merupakan pakar pendakian dengan purata umur mereka adalah 24 tahun.

Daniel Alexander Jaramillo Diaz dari Colombia yang mewakili pasukan pro benua UnitedHealthcare, dijangka menjadi pesaing terhebat pasukan dari Amerika Latin itu selepas meraih tempat kedua individu keseluruhan pada edisi 2016, di belakang Reinardt Janse van Rensburg (Dimension Data).

Rekod terdahulu menyaksikan beberapa pakar pendakian dari Colombia pernah memenangi jersi kuning walaupun saingan awal peringkat perlumbaan dikuasai pelumba pecut.

Ini termasuk Jose Serpa ketika mewakili Diquigiovanni–Androni pada 2009 dan Androni Giocattoli–Venezuela pada 2012 selain Julian Arredondo dari pasukan Nippo–De Rosa pada 2013.

Laluan kelima LTdL 2017 sejauh 174.4km dari Seri Manjung ke Cameron Highlands disifatkan laluan paling mencabar kerana pelumba perlu mendaki laluan setinggi 1,450 meter dari aras laut, yang mampu menjadi penentu pemilik sebenar jersi kuning pada edisi ke-22 perlumbaan.

Selain itu, saingan lebih terbuka bagi perebutan jersi putih (pelumba terbaik Asia) turut menjadi tarikan selepas penyandang, Muhd Adiq Husainie Othman dari pasukan Terengganu Cycling Team menarik diri akibat kecederaan.

Ini diakui sendiri Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Emir Abdul Jalil yang melihat peluang terbuka untuk pelumba daripada beberapa pasukan benua seperti KSPO dari Korea Selatan dan pasukan KFC dari Indonesia yang membariskan pelumba terbaik kali ini.

“KSPO menghantar enam pelumba terbaik mereka dan ada juga beberapa pelumba Indonesia yang akan mengambil bahagian tahun ini…jadi perebutan jersi putih tetap terbuka.

“Saya percaya ada juga kemungkinan seorang pelumba asing yang mewakili pasukan benua Malaysia, mampu meraih jersi putih tapi tentunya dia bukan pelumba tempatan,” kata Emir.

Pengurangan peruntukan geran daripada Kementerian Belia dan Sukan yang diterima penganjur, Ciclista Sports Sdn Bhd daripada RM16 juta kepada RM11 juta tahun ini menyaksikan laluan tradisi iaitu Pulau Langkawi terpaksa digugurkan.

Kejohanan Berbasikal LTdL 2017 bakal melibatkan lapan peringkat dengan jarak keseluruhan sejauh 1,222.2km.

Peringkat pertama bermula dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu sejauh 124.8km, peringkat kedua Jerteh-Gerik (208.1km), peringkat ketiga Serdang-Pantai Remis (118km) dan peringkat keempat dari Seri Manjung ke Cameron Highlands sejauh 174.4km.

Peringkat kelima bermula dari Meru Raya ke Kuala Kubu Bharu sejauh 151.5km, peringkat keenam Senawang-Muar (176.3km), peringkat ketujuh Melaka-Rembau (148.1km) sebelum peringkat terakhir dari Setiawangsa ke Putrajaya sejauh 121km. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kTWsxX

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.