Malaysia bukan kuda tunggangan mana-mana negara – PM Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Malaysia tidak akan menjadi ‘kuda tunggangan’ kepada mana-mana negara dalam isu mempertahankan kedaulatan tanah air.
Perdana Menteri berkata, Malaysia adalah negara berdaulat dan mempunyai perlembagaannya yang tersendiri.
“Kita takkan tertekan dalam membuat keputusan ke atas kes pembunuhan Kim Jong Nam.
“Kita juga tidak akan menjadi kuda tunggangan kepada mana-mana negara dalam mempertahankan kedaulatan Negara,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang seolah-olah mengeluarkan kenyataan biadab terhadap penyiasatan yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas pembunuhan Kim Jong Nam.
BERITA LANJUT MENYUSUL
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mhknbx✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment