Permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) 2017 Online
Cara DaftarKad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) 2017 Online. Bagaimana cara memohon Kad Debit Pelajar – KADS1M Debit? Perhatian dan panduan buat pelajar IPTA dan IPTS. Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit) akan menggantikan baucar buku bermula tahun 2017. Permohonan kad KADS1M Debit boleh dibuat secara online menerusi Bank Rakyat bermula dari 16 Februari 2017. Oleh itu jangan lepaskan peluang dalam mendapatkan kad diskaun yang memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar. Permohonan Kad debit pelajar appeaared first at PanduanMalaysia.com.
Permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) 2017 Online
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) secara online seperti dikongsikan dari FB USMInfo. Juga dikongsikan ciri-ciri kad dan dokumen yang diperlukan semasa mengambil kad.
Ciri-Ciri Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat dalam KADS1M :-
- Kad 3 dalam 1
- BB1M (RM250 telah dikreditkan dalam kad)
- Kad diskaun pelajar
- Kad debit dan ATM
- Sebanyak RM250 akan dikreditkan ke dalam akaun pelajar.
- Maksima pengeluaran adalah RM240. Jika hendak mengeluarkan RM250 sepenuhnya, pelajar boleh berurusan dengan Bank Rakyat untuk menutup terus akaun berkenaan.
Untuk makluman, pelajar adalah digalakkan untuk membuat pembelian buku, alat tulis dan alatan komputer.
Cara Buat Permohonan
Berikut adalah cara ringkas dan mudah untuk membuat permohonan Kad debit pelajar secara online.
- Isi borang e-permohonan di http://ift.tt/2lXBLpN secara online sebelum 31 Mac 2017
- Pastikan alamat emal yang betul dimasukkan
- Status permohonan akan disahkan melalui emel permohonan oleh Bank Rakyat
- Kunjungi Cawangan Bank Rakyat yang dipilih untuk pegambilan KADS1M Debit
- Caj kad RM5.00 perlu dibayar semasa mengambil kad
Dokumen yang diperlukan semasa pengambilan KADS1M Debit
- MyKad dan satu (1) salinan
- Kad pelajar dan satu (1) salinan
- Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun di Bank Rakyat, anda tetap perlu memohon KADS1M
- Layak kepada pelajar berstatus aktif pada 30 Disember 2016
Selamat membuat Permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) 2017 Online. Semoga pelajar dapat menggunakan kad ini dengan cara yang terbaik.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kHsC49✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Assalammualaikum saya nak tanya. Bagaimana kalau saya lupa nk ambil di cawangan mana?
ReplyDelete