Hi! Welcome Back and Stay Tune! Projek khas redakan perang Chong Wei-Frost - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Projek khas redakan perang Chong Wei-Frost

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mewujudkan projek khas bagi membantu jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dalam misi memburu gelaran sulung Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos depan.

Ia juga adalah jalan penyelesaian terhadap perang dingin antara Chong Wei dengan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen.

Keputusan oleh Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) itu menyaksikan jurulatih perseorangan, Hendrawan dilantik menjadi ketua jurulatih, selain dibantu Tey Seu Bock.

Selain Chong Wei, lima lagi pemain turut berada dalam projek khas ini iaitu Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Chong Yee Han, Soo Teck Zhi dan Lim Chi Wing.

“Hendrawan akan terus memberikan laporan kepada CTC (tanpa perlu melalui Frost) dan dia juga akan membuat semua program dan perancangan bagi projek khas ini. Dia juga dilantik untuk menganggotai CTC.

“Kami percaya projek khas ini turut memberi manfaat kepada lima pemain lain kerana mereka akan bersama Chong Wei.

“Projek ini akan dilaksanakan sehingga Kejohanan Dunia dan selepas itu dikaji semula,” kata Pengerusi CTC, Datuk Seri Mohammad Norza Zakaria ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu, hari ini.

Sementara itu, Frost menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka, selain mengakui ia juga sebahagian daripada cadangannya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lhvtQe

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.