Hi! Welcome Back and Stay Tune! Korea Selatan Tolak Dakwaan Jalin Pakatan Sulit Dengan Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Korea Selatan Tolak Dakwaan Jalin Pakatan Sulit Dengan Malaysia

SEOUL: Kementerian Perpaduan Korea Selatan pada Selasa menolak dakwaan Korea Utara bahawa Malaysia menjalin pakatan sulit dengan Seoul dalam siasatan terhadap kematian abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Menurut agensi berita itu, Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol menolak hasil siasatan Malaysia yang menunjukkan sekurang-kurangnya lima rakyat Korea Utara disyaki terlibat dengan kematian Jong-nam minggu lepas.

Beliau menuduh Malaysia “bersekongkol dan mengikut selera kuasa luar” dalam siasatannya, yang dipercayai merujuk kepada Korea Selatan, kata Yonhap.

Agensi berita itu melaporkan Kementerian Perpaduan menolak sekeras-kerasnya dakwaan Kang itu dan menyifatkannya sebagai “tidak munasabah dan bersifat sofistik.”

“Komen duta itu mengenai Korea Selatan merupakan suatu dakwaan, yang bukan sahaja tidak masuk akal, malah tidak wajar dibalas,” kata seorang pegawai kementerian itu.

BACA: Pembunuhan Jong Nam: Tuduhan Duta Korea Utara bersandarkan pembohongan – Anifah

BACA: Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama

Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 8 pagi 13 Feb untuk menunggu penerbangan ke Macau, yang dijadualkan sejam kemudian apabila seorang wanita secara tiba-tiba menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi racun.

Lelaki itu kemudian meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan klia2 dan dia dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan. Jong-nam tiba di Malaysia pada 6 Feb dengan pasport menggunakan nama Kim Chol.

Setakat ini, polis Malaysia menangkap dua wanita – seorang daripada mereka menggunakan pasport Indonesia dengan nama Siti Aishah dan seorang lagi menggunakan pasport Vietnam dengan nama Doan Thi Huong – serta seorang lelaki Malaysia dan seorang lelaki Korea Utara.

Polis berkata mereka sedang berusaha mengesan empat lagi rakyat Korea Utara yang meninggalkan Malaysia pada hari kematian Jong-nam.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lq8m4p

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.