Hi! Welcome Back and Stay Tune! BAM Tubuh Projek Khas Bantu Chong Wei Raih Gelaran Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BAM Tubuh Projek Khas Bantu Chong Wei Raih Gelaran Dunia

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini menubuhkan satu projek khas bagi membantu jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini.

Pengerusi Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata projek khas itu khusus untuk membantu Chong Wei menghadapi beberapa kejohanan dengan sasaran utama memenangi Kejohanan Dunia.

“Setelah mendapat pandangan daripada semua anggota C&T, kita mengambil keputusan membahagikan struktur kejurulatihan sedia ada.

“Hendrawan dan Tey Seu Bock serta lima pemain lain akan berada dalam projek khas ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat C&T di sini, hari ini.

Lima pemain yang dimasukkan dalam projek itu ialah Chong Yee Han, Lim Chi Wing, Soong Joo Ven, Soo Teck Zhi dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

Mohamad Norza menjelaskan BAM juga telah menetapkan jurulatih perseorangan, Hendrawan menjadi ketua jurulatih dalam projek khas itu.

“Beliau akan melaporkan terus kepada Pengerusi C&T dan akan menjadi seorang daripada anggota C&T,” katanya.

Menurut Norza, rancangan berkenaan adalah untuk merealisasikan cita-cita Chong Wei sendiri yang mahu melahirkan pemain-pemain yang boleh menggantikan tempatnya.

Sementara itu, Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen menyambut baik penubuhan projek khas berkenaan dan menjelaskan ia merupakan idea asal beliau.

“Ia adalah keputusan yang baik dan sebenarnya, ini adalah cadangan saya dan mereka (BAM) membuat beberapa penyesuaian. Secara keseluruhannya, ia adalah idea yang baik,” katanya.

Projek khas itu telahpun bermula hari ini dan akan dijalankan sehingga berakhirnya Kejohanan Dunia, Ogos nanti.

Penubuhan projek khas berkenaan juga dilihat sebagai jalan penyelesaian yang diambil BAM dalam menangani perselisihan antara Chong Wei-Frost yang hangat diperkatakan ketika ini.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lHgaS0

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.