Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kaki & tangan pekerja putus digigit buaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kaki & tangan pekerja putus digigit buaya

SANDAKAN, SABAH – Seorang lelaki putus kaki kanan dan tangan kanan selepas diserang buaya di taman buaya, Batu 8, semalam, lapor Harian Metro. 
Dalam kejadian jam 1.45 petang Isnin, mangsa berusia 35 tahun dilaporkan kritikal dan kini dirawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan. 
Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamim berkata, siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang pekerja sambilan (kontrak) di taman tersebut. 
Sebelum kejadian itu, mangsa dilihat menuju ke bahagian kolam pertunjukan buaya sambil membawa bangkai ayam sebagai makanan buaya berkenaan. 
Selepas memberi makan, mangsa kemudian menggosok bahagian hidung reptilia itu membuatkan haiwan itu berang lalu menyambar mangsa. 
“Saksi yang berada di tempat kejadian bertindak menghalau buaya tersebut dan akhirnya mangsa dilepaskan daripada gigitan,” katanya. 
Mangsa kemudian dikejarkan ke HDOK Sandakan dan siasatan lanjut masih diteruskan berhubung kejadian tersebut. – The Reporter


>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lqKE8h

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.