Hi! Welcome Back and Stay Tune! DBKL Kutip Lebih RM2 Juta Sejak Kompaun Lalu Lintas Ditawarkan Diskaun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DBKL Kutip Lebih RM2 Juta Sejak Kompaun Lalu Lintas Ditawarkan Diskaun

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya mengutip sejumlah RM2.84 juta setakat Ahad lepas, setelah kompaun lalu lintas khas diberi diskaun pada 1 Disember tahun lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, DBKL berkata jumlah tersebut melibatkan bayaran sebanyak 130,927 notis kompaun.

Katanya, DBKL merekodkan sejumlah 3.2 juta notis kesalahan tertunggak pada tahun lepas serta menyarankan orang ramai mengambil kesempatan terhadap tawaran kompaun lalu lintas khas itu.

“Kegagalan menjelaskan kompaun ini akan menyebabkan tindakan mahkamah diambil dan diteruskan sehingga ke peringkat waran tangkap bagi tujuan disenaraihitamkan,” katanya.

Kenyataan itu juga berkata sehingga 19 Februari lepas, seramai 4,459 pesalah telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

DBKL menawarkan kadar kompaun lalu lintas khas serendah RM10 bagi membantu warga kota menyelesaikan kompaun mereka bermula 1 Disember 2016 sehingga 28 Februari ini.

Kadar kompaun lalu lintas bagi kesalahan pada tahun 2007 hingga 2011 ditawarkan dengan kadar RM10, RM20 bagi kesalahan tahun 2012 hingga 2014 dan RM30 bagi kesalahan tahun 2016 sehingga sekarang.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kTIM5X

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.