Tiada Kecederaan Dikesan Pada Tubuh Kim Jong Nam – KKM
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mendedahkan siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan suntikan atau kecederaan pada tubuh Kim Jong Nam.
Ia berdasarkan kepada bedah siasat yang dijalankan pada 15 Februari lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan setakat ini masih belum ada waris kepada abang pemimpin Korea Utara itu yang tampil untuk melakukan ujian DNA.
Perkembangan itu dimaklumkan Noor Hisham dalam satu sidang media khas petang tadi.
Jong Nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un, meninggal dunia pada 13 Feb lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.
Jong Nam sebelumi ni dilaporkan berada di KLIA2 sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup dengan kain dipercayai mengandungi cecair beracun.
BERITA LANJUT MENYUSUL
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kTOwfU✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment