Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bimbing Dan Disiplin, Bukan Sekat Keinginan Remaja Keluar Malam – Dr Mariani - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bimbing Dan Disiplin, Bukan Sekat Keinginan Remaja Keluar Malam – Dr Mariani

KUALA LUMPUR: Larangan untuk remaja keluar rumah pada waktu malam hanya akan membuatkan anak muda berasa lebih tercabar kerana pada usia itu sikap memberontak dalam diri remaja amat kuat, kata seorang pakar.

Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor berkata pada usia bawah 18 tahun, remaja sedang dalam proses mencari identiti selain didorong perasaan ingin ‘membuktikan diri siapa lebih hebat’ dengan rakan-rakan seusianya.

Katanya, pendekatan mendidik dan bimbingan daripada ibu bapa amat penting pada peringkat umur itu, termasuk dengan memberi kebebasan yang bersesuaian, boleh mengelak unsur memberontak di kalangan remaja.

“Tujuan kebebasan itu adalah untuk menjadikan anak-anak seimbang dari segi sahsiah diri dan akademik. Naluri remaja ini kalau kita tahan, lagi tinggi keinginan mereka.

“Sekiranya ada halangan atau peraturan ketika usia bawah 18 tahun, remaja sedang mencari identiti dan sepatutnya ibu bapa cari saluran betul untuk membantu mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas cadangan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed supaya kerajaan negeri mengeluarkan arahan melarang remaja bawah umur berada di kawasan bandar raya, jalan raya dan lokasi tertentu pada lewat malam.

Ia berikutan kemalangan maut melibatkan lapan remaja lelaki apabila basikal mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, awal pagi Sabtu lalu.

Dr Mariani juga mengingatkan berkata ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah yang dapat memberi peluang untuk melakukan aktiviti dan mencegah terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak sihat.

“Apabila aktiviti di sekolah dapat dilakukan, maka mereka boleh dielakkan daripada terjebak kerana masa terluang itu dipenuhi dengan aktiviti dalam sekolah dan di rumah,” katanya.

Bagi Pensyarah Jabatan Tilawah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Zaid Muhammad Mohd Rais, ibu bapa perlu bijak bermain psikologi dalam mendidik anak seperti mengenal pasti kecenderungan dan kebolehan mereka.

“Sebagai contoh, jika anak itu minat dengan sukan, ibu bapa harus turut serta dan melayan minat mereka supaya dapat memotivasikan anak-anak untuk sentiasa meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.

REMAJA-BIMBINGAN 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Katanya, ibu bapa tidak seharusnya menjadikan isu sosio-ekonomi sebagai alasan untuk mereka mengabaikan tanggungjawab mendidik anak dengan ajaran agama yang secukupnya.

“Ibu bapa perlu sentiasa bersama dan melakukan aktiviti dengan anak-anak serta melayan minat mereka tanpa membelakangkan agama seperti menonton televisyen bersama di rumah.

Presiden Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia Prof Dr Fatimah Daud pula menyifatkan ibu bapa sebagai kunci utama dalam memberikan bimbingan dan pengawasan bagi memastikan anak-anak mematuhi disiplin dalam keluarga.

Katanya ibu bapa perlu ada rasa was-was dan sentiasa mengawasi anak-anak mereka bagi membolehkan mereka memberi amaran sekiranya anak-anak melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat termasuk keluar rumah pada waktu malam,” katanya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kUWyoO

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.