Hi! Welcome Back and Stay Tune! THT Tekad Bangkit Julang Piala TNB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

THT Tekad Bangkit Julang Piala TNB

Spread the love

KUALA LUMPUR – Selepas gagal mempertahankan kejuaraan Liga Hoki Malaysia, pasukan Terengganu Hockey Team (THT) kini bertekad untuk menjulang Piala TNB.

Bagi pemain tengah THT, Fitri Saari, dia serta rakan sepasukannya tidak mahu lagi berdepan kekecewaan dan berharap dapat melepasi saingan separuh akhir bertemu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) esok serta perlawanan timbal balik pada Jumaat.

“Memang rasa amat kecewa kerana kami gagal mempertahankan gelaran liga. Tapi inilah kenyataannya iaitu untuk memenangi kejuaraan itu lebih mudah daripada mempertahankannya.

“Sepanjang saingan liga, sememangnya kami mendominasi perlawanan tetapi ketumpulan di bahagian serangan banyak menjejaskan peluang. Harap perkara sama tidak berulang pada saingan separuh akhir nanti,” katanya.

Mengulas perlawanan dengan UniKL esok, Fitri berkata mereka akan bermain habis-habisan dan perlu memastikan kemenangan.

Sementara itu, ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj berkata, beliau mahu barisan pemainnya beraksi secara bijak apabila bertemu THT.

“Untuk permulaan kami perlu pastikan harapan untuk beraksi di final masih cerah selepas berakhir separuh akhir pertama.

“Kami tidak boleh membiarkan lawan mendominasi perlawanan dan memenangi perlawanan esok dengan jaringan yang besar,” katanya.

Separuh akhir pertama Piala TNB:

KLHC lwn TNB di Stadium Tun Razak, Jalan Duta — 6 petang
THT lwn UniKL di Stadium Tun Razak, Jalan Duta — 8 malam

– BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kUQ6hO

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.