Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kelayakan Piala Asia: Ubah venue jika ancam keselamatan – Khairy - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kelayakan Piala Asia: Ubah venue jika ancam keselamatan – Khairy

PUTRAJAYA: Malaysia pertimbang mengubah lokasi perlawanan antara Malaysia dengan Korea Utara pada pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang pada 28 Mac ini jika terdapat ancaman keselamatan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mendapatkan pandangan dan jaminan keselamatan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung status perlawanan tersebut.

“Kalau dapat ubah venue, seeloknya ia diubah bagi menjamin keselamatan pemain kerana faktor keselamatan pasukan adalah keutamaan saya,” katanya pada sidang media mengenai Transformasi Nasional (TN50) di sini, hari ini.

Katanya, beliau akan meminta AFC memantau keadaan keselamatan di Pyongyang susulan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang sedang melalui fasa yang agak rumit.

Skuad Harimau Malaysia dijadual menentang Korea Utara dalam perlawanan pusingan tiga kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan.

Ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tercetus susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Feb lepas.

Semalam, Wisma Putra memanggil pulang Duta Besar Malaysia di Pyongyang untuk proses perundingan dan mengarahkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung kes Jong-nam.

Diplomat Korea itu dilaporkan memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai ‘sesuatu untuk disembunyikan’ dan mendakwa Malaysia ‘berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar’ dalam pengendalian kes kematian itu. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lqbTj4

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.