Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala AFC: FELDA United pulang tangan kosong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala AFC: FELDA United pulang tangan kosong

KUALA LUMPUR: FELDA United pulang dengan tangan kosong pada penampilan pertamanya di Piala AFC apabila tewas 1-2 kepada naib juara Liga Singapura musim lalu, Tampines Rovers pada aksi pembukaan Kumpulan G di Stadium Jalan Besar, Singapura, sebentar tadi.

Meskipun mendapat suntikan semangat dengan kehadiran jurulatih baharu, B Sathianathan yang turut menonton perlawanan itu, The Fighters nyata gagal bangkit daripada prestasi hambar dalam kancah Liga Super, sekali gus menyaksikan mereka kini tewas dalam tiga aksi berturut-turut.

Beraksi di atas permukaan padang basah menyebabkan aksi berlangsung hambar apabila kedua-dua pasukan memperagakan corak berhati-hati.

Tuan rumah terlebih dahulu menguji gawang pelawat yang dikawal Farizal Harun, namun percubaan Ivan Dzoni yang menerima hantaran lintang Ryutaro Megumi pada minit kesembilan melewati palang gol.

FELDA United sesekali cuba mengasak menggunakan bahagian sayap dan bermain hantaran pendek tetapi disekat gandingan pertahanan tuan rumah, Madhu Mohana dan Daniel Bennet, sekali gus menyaksikan babak pertama berakhir tanpa jaringan.

Namun, di babak kedua, Tampines Rovers memecah kebuntuan selepas hantaran lintang menarik daripada Raspreet Sandhu disudahkan dengan tandukan pemain tengah importnya, Son Yong Chan untuk gol pertama tuan rumah pada minit ke-62.

Kemasukan pemain senior, Khairul Amri Mohd Kamal pada minit ke-70 nyata menambah bisa jentera serangan Tampines Rovers apabila penyerang veteran itu meledak gol kedua selepas menyudahkan hantaran Megumi pada minit ke-83.

Tampines Rovers yang selesa mendahului 2-0 bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan Fazrul Hazli Kadri pada minit ke-87 untuk mengurangkan defisit gol, namun jaringan itu tidak dapat menafikan tiga mata mutlak tuan rumah.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lqNUjJ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.