Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zahid Akan Sampaikan Ucaptama Pada Forum IBRAF - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zahid Akan Sampaikan Ucaptama Pada Forum IBRAF

Spread the love

BANDUNG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini untuk menghadiri Forum Pihak Berkuasa Kawal Selia Penyiaran Pertubuhan Kerjasama Islam (IBRAF) di Kota Bandung esok.

Beliau disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan para pegawai kanan kedutaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, ialah salah seorang yang akan menyampaikan ucaptama pada forum tersebut bersama Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan serta Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia, Rudiantara.

IBRAF ialah forum yang berusaha untuk memenuhi keperluan bagi kerjasama yang semakin meningkat di kalangan Pihak Berkuasa Kawal Selia Penyiaran negara-negara
Islam di tengah-tengah era pendigitalan.

IBRAF ditubuhkan berikutan Deklarasi Bersama mesyuarat OIC 2011 dan antara objektif ialah untuk memupuk dialog dan kerjasama antara pihak berkuasa kawal selia penyiaran, untuk menyediakan forum bagi pertukaran maklumat, pandangan dan pengalaman mengenai topik bersama penyiaran.

IBRAF terbuka kepada mana-mana pihak berkuasa kawal selia penyiaran kebangsaan atau badan kerajaan yang mempunyai fungsi yang sama di negara-negara anggota OIC. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2liDmoE

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.