Hi! Welcome Back and Stay Tune! THT tekad tebus kecewa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

THT tekad tebus kecewa

KUALA LUMPUR: Selepas gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Hoki Malaysia (MHL-TNB), Pasukan Hoki Terengganu (THT) kini bertekad mahu menjulang Piala TNB.

Bagi pemain tengah THT, Fitri Saari, dia serta rakan sepasukannya tidak mahu lagi berdepan kekecewaan dan berharap dapat melepasi saingan separuh akhir apabila bertemu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada separuh akhir pertama esok serta timbal balik, Jumaat ini. 

“Memang rasa amat kecewa kerana kami gagal mempertahankan gelaran liga. Tapi inilah kenyataannya iaitu untuk memenangi kejuaraan itu lebih mudah daripada mempertahankannya. 

“Sepanjang saingan liga, sememangnya kami mendominasi perlawanan tetapi ketumpulan di bahagian serangan banyak menjejaskan keputusan yang diraih. 

“Harap perkara sama tidak berulang pada saingan separuh akhir Piala TNB nanti,” katanya. 

Mengulas perlawanan dengan UniKL esok, Fitri berkata, dia serta rakan sepasukan masih mengingati bagaimana sukarnya untuk menewaskan lawan itu pada saingan liga dengan perlawanan terakhir menyaksikan mereka sekadar seri 2-2. 

“Tapi untuk esok kami akan bermain habis-habisan. Kami perlu mencatatkan kemenangan pada perlawanan separuh akhir pertama sebagai bekalan untuk perlawanan timbal balik nanti,” katanya. 

Sementara itu, ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj berkata, beliau mahu barisan pemainnya bermain secara bijak apabila bertemu THT. 

“Untuk permulaan, kami perlu pastikan harapan untuk beraksi di final masih cerah selepas berakhir separuh akhir pertama. 

“Kami tidak boleh membiarkan lawan mendominasi permainan dan kalau boleh menang dengan jaringan yang besar esok,” katanya.

Jadual Piala TNB

Separuh akhir pertama

Esok

KLHC lwn TNB, 6 ptg

(Stadium Tun Razak)

THT lwn UniKL, 8 mlm

(Stadium Tun Razak)

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kHeKHl

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.