Hati-hati dengan muslihat Tun Mahathir – Tajuddin
SUNGAI MANIK: Hati-hati dengan muslihat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohammad, kerana pendiriannya boleh berubah-ubah, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata, jika hari ini Tun Mahathir berkata Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak boleh menjadi perdana menteri, tidak mustahil esok lusa beliau akan berkata boleh.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat, khususnya orang Melayu, supaya tidak mudah terpedaya dengan taktik bekas perdana menteri itu.
Menurutnya, sejarah telah membuktikan, dahulu Tun Mahathir tidak pernah bersetuju dengan DAP dan Lim Kit Siang tetapi hari ini boleh pula berkawan dan berdiri di atas satu pentas yang sama.
“Semua orang tahu, dulu dia kutuk DAP, dia kata tak bagus, DAP mengancam orang Melayu, hari ini dia berkawan dengan DAP.
“Jadi maknanya, dia boleh berubah-ubah pendirian dia dan bahaya. Seseorang pemimpin yang tidak ada pendirian yang tetap adalah sukar untuk kita berpegang kepadanya sebagai ketua,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Surau Muara Aman di Kampung Air Deras, dekat sini, hari ini.
Baru-baru ini, Tun Mahathir berkata, parti DAP terlalu kecil dan Lim Kit Siang sama sekali tidak boleh menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun, beliau berkata hasrat tersebut hanya tercapai, sekiranya veteran DAP itu mendapat sokongan daripada orang Melayu.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lhFixn✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment