Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lisa Surihani duta baharu UNICEF Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lisa Surihani duta baharu UNICEF Malaysia

KUALA LUMPUR: Pelakon, Lisa Surihani akan menyokong pembelaan hak kanak-kanak di seluruh negara sejajar dengan pelantikan beliau sebagai duta baharu Malaysia untuk Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) hari ini.

Pelantikan itu diumumkan oleh wakil Unicef di Malaysia Marianne Clark-Hattingh, di sini.

Lisa memberitahu wartawan di majlis itu bahawa beliau sentiasa berminat dengan isu yang memberi kesan kepada kanak-kanak dan anak muda di Malaysia.

“Dan menjadi Duta Unicef memberikan peluang yang tepat untuk saya melibatkan diri secara peribadi,” kata beliau.

Lisa berkata antara yang menarik minatnya ialah keperluan untuk pendidikan seksual menerusi media sosial dan menggesa tindakan komprehensif daripada pihak berkaitan untuk menangani isu ini.

“Dahulu, ibu bapa kita selalu akan memberitahu kita supaya tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali tetapi cabaran kini ialah kewujudan gajet dan platform media sosial,” katanya.

Clark-Hattingh berkata Lisa akan terlibat di dalam mempromosi dan meletakkan ke hadapan hak kanak-kanak di Malaysia dan sejagat menerusi pelbagai inisiatif dan kempen Unicef.

“Sokongan beliau meliputi usaha ke arah menghapuskan segala bentuk keganasan dan penganiayaan terhadap kanak-kanak, integrasi kanak-kanak kurang upaya, penggunaan internet yang lebih selamat dan pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lqK7Tz

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.