Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengarah syarikat dan banduan didakwa terlibat pengubahan wang haram RM1.5 juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengarah syarikat dan banduan didakwa terlibat pengubahan wang haram RM1.5 juta

SEREMBAN: Seorang pengarah syarikat dan seorang banduan, masing-masing dihadapkan di Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas pertuduhan terbabit aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM1.5 juta bagi tempoh Ogos 2014 sehingga September 2016.

Mohd Liza Azmie Md Darus, 47, dan Md Shah Shairie Abdul Rahman, 34, yang sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan menipu, mengaku tidak bersalah selepas 10 dan 12 pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Hakim Fathiyah Idris dan Hakim G. Ramesh.

Mohd Liza menghadapi 10 pertuduhan menerima, menggunakan dan memiliki wang serta harta hasil aktiviti haram sebanyak RM989,888 di empat lokasi di daerah ini, antara 12 Ogos 2014 hingga 1 Sept 2016.

Pertuduhan lain ialah menerima wang hasil daripada aktiviti haram itu sebanyak RM355,000 antara 12 Ogos 2014 hingga 15 Dis 2014 di dua lokasi dan menggunakan RM265,518 hasil daripada aktiviti haram itu bagi membeli satu unit hartanah di Sikamat dan di Seremban antara 27 Ogos 2014 hingga 10 Jun 2015.

Tertuduh juga didakwa memiliki wang tunai RM369,370 dan harta alih iaitu dua utas gelang emas, dua utas rantai leher emas dan dua buah loket emas hasil daripada aktiviti haram di Taman Sri Pulai, Sikamat di sini pada 20 Jan 2016.

Hakim Fathiya membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim diikat jamin RM150,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Md Shah yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan menipu pula menghadapi 12 pertuduhan menggunakan wang berjumlah RM594,500 hasil aktiviti haram itu bagi pembelian satu unit hartanah di Setul dekat sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di dua bank di daerah ini antara 20 hingga 25 Mei 2015.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dibaca bersama Seksyen 87(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta, penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan .

Mahkamah menetapkan 6 April untuk sebutan semula bagi kedua-dua kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Ashikin Mokhtar.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kUASZO

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.