Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amanda pula jadi mangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amanda pula jadi mangsa

Tahun lalu, dunia dikejutkan dengan penyebaran gambar bogel beberapa selebriti Hollywood terkenal antaranya Jennifer Lawrence dan Kate Upton.

Bagaimanapun, dalang di sebalik perbuatan terkutuk itu sudah ditahan.

Terbaru, pelakon Amanda Seyfried pula menjadi mangsa apabila gambar bogelnya beberapa tahun lalu disebarkan.

Gambar itu disiarkan di laman web sekali gus mencetuskan kemarahan pelakon Mean Girls itu.

Tanpa menunggu lama, pelakon berusia 31 tahun itu terus menghubungi penguamnya dan dilaporkan mahu gambarnya di laman berkenaan dibuang.

“Beberapa gambar peribadi Amanda sama ada dalam keadaan bogel atau bermesra dengan bekas kekasihnya diterbitkan semula sebelum disiarkan.

“Gambar itu dipercayai disalah guna pihak ketiga atau individu tidak bertanggungjawab di luar pengetahuan dan persetujuan Amanda,” tulis peguamnya dalam sebuah surat arahan menghentikan penyiaran gambar itu.

Selain dirinya, turut disebarkan adalah beberapa gambar bersama bekas kekasih, Justin Long.

Dalam gambar itu, Amanda dikatakan hanya mengenakan seluar dalam.

Amanda kini menanti kehadiran cahaya mata sulungnya bersama pasangan, Thomas Sadoski.

Sebuah laman web, Gizmodo pula menyedari penyebaran itu berlaku setahun selepas Ryan Collins, 36, yang menjadi dalang penyebaran gambar bogel ramai artis tahun lalu didakwa bersalah.

Disebabkan kesalahan itu, lelaki berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat itu dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan pada Oktober tahun lalu.

Turut menjadi mangsa ialah bintang Beauty and the Beast, Emma Watson yang berang apabila gambarnya hanya berseluar dalam dan bersantai di bawah sinar matahari tersebar.

“Selain itu, gambar Emma mencuba baju dengan seorang penata rias beberapa tahun lalu turut dicuri. Ia bukannya gambar bogel, namun kes sudah diserahkan kepada penguam untuk tindakan lanjut,” kata jurucakap Emma.

The post Amanda pula jadi mangsa appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n0neau

✍ Sumber : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.