Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Mengumumkan Bixby – Pembantu Digital Pintar Untuk Telefon Dan Pelbagai Peranti Lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Mengumumkan Bixby – Pembantu Digital Pintar Untuk Telefon Dan Pelbagai Peranti Lain

Samsung telah diperkatakan bakal hadir dengan pembantu maya pintar mereka tersendiri sejak pengambil-alihan Viv sebelum ini. Hari ini, Samsung mengesahkan perkara berkenaan secara rasminya, dan telah memperkenalkan Bixby.

Samsung mengatakan Bixby merupakan antaramuka pintar, dan merupakan salah satu kaedah baru untuk berinteraksi dengan peranti.

Lebih kurang seperti Google Assistant dan Siri, Bixby akan dapat mempelajari kaedah penggunaan peranti oleh seseorang pengguna – dan seterusnya mengoptimasikan penawaran melalui penggunaan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin.

Apa pun, Bixby dikatakan lebih pintar berbanding pesaing lain. Pembangun aplikasi boleh menyertakan sokongan Bixby pada aplikasi mereka – sekaligus membolehkan pelbagai tugasan pada aplikasi berkenaan dikawal mudah sepenuhnya melalui Bixby.

Disamping itu, Bixby dikatakan memahami konteks – dan akan memahami apa yang diperlukan oleh pengguna pada sesuatu masa. Dan pengguna juga tidak memerlukan sebarang kata kunci khusus untuk mengaktifkan atau mengakses sejumlah maklumat dan informasi melalui Bixby ini.

Bersama-sama pengumuman ini, Samsung turut mengesahkan Bixby akan hadir terbina pada Galaxy S8 – selain mana mereka akan menyertakan sebuah butang khusus untuk memudahkan akses kepada Bixby ini.

Samsung turut mengatakan Bixby akan diintegrasikan pada pelbagai peralatan elektronik mereka akan datang selepas telefon pintar mereka.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2neajnu



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.