Perempuan Berisi Lebih Memahami, Manja Dan Jaga Hati
Kalau montel je tak cantik, kalau gemuk je tak cantik. Tapi perlu tahu, tak semua lelaki minat yang kurus, tak semua lelaki minat yang putih.
Macam Redzuan Abd Manaf, siap bagi nasihat yang terbaik untuk lelaki-lelaki yang suka kutuk perempuan montel atau gemuk:
Guys.
Dengar abang nak “membebel” ni.
Lelaki cam kita (lelaki hot zaman laaani) memang kalau boleh nak cari pasangan yang cantik persis pramugari. Body seksi macam model seluar mandi (bikini). Kurus melidi tak berisi like peragawati.
Tapi guys.
Kita kena sedar dan akui.
Sometime, “gegurl” montel dan gemok ni lebih comel dan memahami. Mereka lebih tau jaga sensetiviti kita as a lelaki, caring, peramah dan baik hati. Manja daring tu aummmmmmmm, kalah tau geng-geng retis selebriti.
Bertuah siapa yang dapat isteri “montel” & “comel” ni. Makan minum tak payah runsing semua diorang buat tuk kita kaum lelaki. Paling penting depa ni punya hati yang tulus dan suci. Kalau part membebel memang cenggini tolong tadah telinga dan sedia untuk angkat kaki!
Sebenarnya, abang bukan nak up kan “gegurl” berisi ni tapi kita sebagai lelaki janganlah kutuk mereka dan layan macam mereka xde hati.
Tak kira la gegurl tu kurus melidi gemok gedempol macam abang ni yang penting kita belajar tuk hormat dan saling sayang menyayangi. Kalau tak buat isteri tak salahkan kita jadi kawan or sahabat sejati?
Setiap dari kita berhak untuk merasa dicintai, dikasihi, disayangi, dan dihargai. Pucuk pangkalnya. Hati.
#pesanseoranglelaki
Anda mungkin juga meminati…
Comments
comments
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nVILQH✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment