Kerana Tampil Cantik, Pelajar Cemerlang SPM Teruk Dikritik Di Media Sosial
HANYA kerana tampil kemas dan cantik ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia dikritik hebat pengguna laman sosial.
Itu nasib yang diterima seorang gadis dengan nama pengguna Twitter @natasyaqisty.
Cemerlang dalam SPM sehingga ditemu bual portal berita BERNAMA, namun yang menjadi sebutan adalah penampilannya.
Entah kenapa, netizen memilih untuk mempersoalkan penampilan Natasya yang berhias cantik untuk hadir ke sekolah dan mengambil keputusan SPM, sehingga menenggelamkan kisah kejayaannya.
Akibatnya, gadis berusia 18 tahun itu terpaksa menutup semua akaun media sosialnya kerana tertekan dengan kritikan tidak munasabah yang dilemparkan kepadanya.
Hal itu dimaklumkan sepupunya, yang menggunakan nama pengguna @unarodzi di Twitter.
Una dalam statusnya memberitahu, dia tidak faham mengapa masyarakat melemparkan kritikan kepada Natasya sedangkan sepupunya itu tidak melakukan kesalahan.
Natasya, kata Una, menjadi mangsa buli siber walaupun tidak memuat naik apa-apa status atau gambar yang mengganggu orang lain.
Sebelum ini, gambar Natasya ketika ditemu bual BERNAMA, dimuat naik sebuah portal hiburan dengan kapsyen bernada sinis terhadap penampilan Natasya, dan pantas menarik perhatian netizen.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nrBBHs✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment