Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kim Swee Harap Permulaan Baik Di Manila - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kim Swee Harap Permulaan Baik Di Manila

DATUK Ong Kim Swee. – Foto Osman Adnan

SEPANG: Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee memburu keputusan positif apabila anak buahnya turun berdepan Filipina pada aksi sulung persahabatan antarabangsa kelas A di Stadium Memorial Rizal, Manila, Rabu ini.

Kim Swee menegaskan kemenangan ke atas skuad ‘The Azkals’ penting dalam usaha memperbaiki kedudukan Malaysia yang berada pada kedudukan ke-161 dalam senarai ranking FIFA bulan Mac.

“Ini perlawanan pertama kita pada tahun ini dan saya harap kita dapat bermula dengan baik dan saya telah memaklumkan kepada pemain bahawa keputusan perlawanan amat penting dan mereka faham mengenai perkara ini,” katanya.

Kim Swee berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum skuad kebangsaan berlepas ke Manila di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Pengendali kelahiran Melaka itu bagaimanapun mengakui terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki seperti kerap kehilangan bola di kawasan tengah, selain kelonggaran pertahanan seperti ketika skuad kebangsaan menang tipis 1-0 ke atas Polis Diraja Malaysia pada aksi persahabatan di Stadium Panasonic, Shah Alam, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Kim Swee menegaskan beliau akan terus menjalankan tugasnya selaku jurulatih kebangsaan walaupun kedudukan dijangka berubah selepas pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diadakan serentak dengan Kongres Tahunan ke-53 badan induk itu Sabtu ini.

“Sudah tentu saya ingin menghabiskan kontrak saya bersama FAM di mana masih banyak lagi perkara yang belum saya capai bersama pasukan kebangsaan.

“Apa sekalipun saya harus menerima segala keputusan yang akan dibuat selepas Kongres FAM nanti, jadi saya harap kedua-dua pihak (saya dan FAM) dapat berbincang dan saya pasti keputusan itu akan dibuat selepas kongres itu nanti,” kata Kim Swee.

Kontrak Kim Swee bersama skuad negara yang bermula pada Januari 2016 akan berakhir pada Januari 2018. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ml15qb

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.