Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Sebak Pelajar Cemerlang 6A SPM Tinggal Di Pusat Snuker - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Sebak Pelajar Cemerlang 6A SPM Tinggal Di Pusat Snuker

20 Mac 2017. 11.30 AM

721

Hiburan

Kisah Sebak Pelajar Cemerlang 6A SPM Tinggal Di Pusat Snuker
Di sebalik kekurangan dan dugaan seorang pelajar SMK Seri Kota Puteri Pasir Gudang, Johor, Farah Marcella Bandie cemerlang dengan keputusan 6A dalam peperiksaan SPM yang diumumkan minggu lalu.

Melalui satu perkongsian di akaun Facebook, guru Farah, Puan Suraya Abdul Rahim menceritakan, Farah bersama adik beradiknya ditinggalkan bapa tanpa tempat untuk berteduh.

Lebih malang, ibunya menghadapi masalah kemurungan dan mereka hanya bergantung kepada pendapatan abang sulungnya, Hans Hemsus Bandie, 20, yang bekerja di pusat snuker.

Farah turut bekerja kilang bagi menampung kehidupan keluarga.

Selain Farah, tiga adiknya Puteri Emily Nastasia, 10, Aduka Aliff Putra, 12 dan Sephian Najmie, 16 tahun tidak bersekolah.

Kerap kali hilang dari sekolah, Farah pernah dibuang sekolah ketika di tingkatan empat, sebelum kembali mendaftar diri untuk tingkatan lima.

Namun mungkin kerana masalah peribadinya, Farah tidak dapat hadir ke sekolah seperti pelajar lain.

Sedar potensi yang ada pada pelajar itu, Farah kemudiannya diambil tinggal bersamanya kerana bimbang pelajar itu akan hanyut tanpa bimbingan.

Hanya dua bulan dipersiapkan untuk SPM, kerja keras Farah, dibantu dengan komitmen daripada para guru, dia berjaya mendapat keputusan yang baik.

Menurut maklumat dari laman sosial, Farah dan enam adik beradiknya kini dibawah jagaan ibunya yang tinggal menumpang di sebuah pusat snuker.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Astro Awani, Harian Metro

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mZVH9d

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.