Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Farah Marcella Murah Hati, Senang Hulur Bantuan Jika Diminta' – Cikgu Suraya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Farah Marcella Murah Hati, Senang Hulur Bantuan Jika Diminta' – Cikgu Suraya

PASIR GUDANG: Guru kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang biarpun terpaksa tinggal di pusat snuker, Puan Suraya Abdul Rahim, menegaskan, tabung yang diwujudkan akan digunakan sebaik mungkin untuk menampung pembelajaran pelajar itu kelak.

Suraya ketika ditemui memberitahu, dia dan abangnya mempunyai sebab mengapa mewujudkan akaun bank bukan atas nama Farah.

Kata Suraya, apa yang paling dibimbangi adalah wang dalam akaun itu akan digunakan untuk tujuan lain, sementelah sifat Farah yang pemurah dan senang menghulurkan bantuan.

“Farah jenis yang murah hati, apabila orang minta duit atau minta tolong, dia cepat untuk hulurkan bantuan.

“Saya bimbang jika wang itu tidak diurus dengan baik dan menjejaskan pembelajarannya kelak,” kata Suraya.

Suraya juga meluahkan keyakinan bahawa abangnya itu boleh diharap untuk menguruskan wang yang didermakan masyarakat untuk Farah, dengan baik.

Sementara itu, Farah Marcella pula memberitahu, dia cukup gembira dan bersyukur dengan keputusan yang diperolehinya, dan tidak menyangka kerja keras selama dua bulan memberikan hasil yang cemerlang.

“Memang sangat mencabar untuk buat ulangkaji satu-satu mata pelajaran dalam masa dua bulan.

“Tapi semuanya berbaloi apabila dapat keputusan, rasa nak sujud syukur di situ juga,” cerita Farah.

Kisah Farah mendapat perhatian masyarakat selepas satu perkongsian yang dimuat naik Suraya ke akaun Facebooknya, menceritakan bagaimana pelajar itu berjaya mendapat keputusan 6A, biarpun berhadapan dengan banyak masalah peribadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Biro Kebajikan UMNO akan memberi bantuan sebagai persediaan untuk Farah melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi yang bersesuaian.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nJPaPA

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.