Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tapi Dorang Paksa Amik Epidural” – Lelaki Kongsi Kisah Anaknya Yang Baru Lahir Jadi Mangsa Perniagaan Perubatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tapi Dorang Paksa Amik Epidural” – Lelaki Kongsi Kisah Anaknya Yang Baru Lahir Jadi Mangsa Perniagaan Perubatan

Ini kisah benar, mana yang elok sila ambil, yang buruk sila lempar.

“Puan, bersalin ini sakit. Lebih-lebih lagi kalau anak sulung. Sakit bersalin ini, potong kaki pun tidak terasa tau puan.” kata pakar dewan bersalin sejurus sampai ke katil ibu itu.

Setelah beberapa kali ibu dan ayah itu menolak epidural, bermula dengan saranan daripada beberapa jururawat, doktor pelatih mudah semuanya mereka berjaya tepis.

Akhirnya, semasa si ayah itu sedang menuju ke kereta untuk mengambil beberapa barang, seorang doktor pakar dewan bersalin tiba dan memberikan nasihan berupa ugutan paksa.

Tanpa keizinan daripada si ayah, maka si ibu yang sedang lemah dan lelah akhirnya bersetuju untuk disuntik dengan cecair pidural di bahagian tulang belakang dengan menggunakan sebatang jarum yang sangat panjang.

Tatkala si ayah tiba, terkejut kerana isterinya sudah menerima suntikan tanpa pengetahuannya.

“Kalau jadi apa-apa, korang jaga.” si ayah seraya berkata kepada beberapa jururawat di kaunter kerana terlalu kecewa.

Proses bersalin berjalan.

Bayi masih belum keluar. Keadaan mula tegang.

Seorang doktor pelatih hampir memanjat katil untuk menekan perut ibu itu bagi menolak bayi keluar.

“Weh, ko kenapa sampai panjat katil?” soal si dengan wajah serius.

“Sabar encik, kita nak keluarkan bayi dulu. Oksigen makin kurang tu.” jelas doktor pelatih itu.

“Aku sudah kata. Allah, sayang. sudah nampak dah rambut anak. Sikit saja lagi. Kita selesai ini sama-sama.” bisik si ayah pada si ibu.

“Saya sudah tolak. Dia yang tidak mahu keluar. Saya tidak tahu kenapa.” jawab isterinya.

Tiba-tiba.

“Encik., sila keluar. Kita terpaksa melalui prosedur vakum.” seorang jururawat memaklumkan pada si ayah itu.

Terpinga-pinga.

Ayah berjalan keluar. Termenung betul-betul dihadapan pintu bilik bersalin isterinya.

Azan asar berkumandang. Tanggal 18 Mac jam 4.52 petang.

Sewaktu bilik sebelah kedengaran suara bayi. Bilik isterinya senyap.

Tiba-tiba

Beberapa jururawat berlari membawa seorang bayi. Bersih kulitnya hingga dipuji.

Tetapi bayi itu diam. Beberapa prosuder kecemasan dilakukan.

“Siapa itu? Anak aku kah? Tidaklah, mustahil itu anak aku. Anak aku kat dalam bilik tu.” ayah itu bisik sendirian menahan empangan air mata hampir melimpah.

Seorang jururawat menghampiri…

“Encik., lagi setengah jam encik boleh lawat anak encik di NICU. Dia tidak menangis semasa lahir. Kekurangan oksigen.” jelas jururawat sambil menunduk.

“Allah. Jadi tadi itu anak aku?”  jawab si ayah sambil mula hilang arah. Keluar daripada dewan bersalin. Lantas menelefon adiknya di Johor Bahru.

“Aku menyesal. Aku tidak dengar cakap kau. Aku tidak belajar semua ilmu bersalin. Anak aku masuk NICU. Bini aku epidural dan vakum.” jelas si ayah.

“Sabar bang. Tidak apa, sekarang kau berdoa. Sudah bukan masa untuk pandang kebelakang.” jelas adiknya.

“Tapi dorang paksa amek epidural. Aku sudah beritahu tidak mahu.” jelasnya dalam nada hiba. Setelah beberapa tahun. Ini kali pertama ayah ini menangis.

Banyak lagi ceritanya. Kisah benar ini difailkan ke FOMCA. Setelah beberapa perbincangan dengan peguam Fomca dan pihak yang terbabit. Tindakan telah diambil.

Semuanya kantoi setelah sewaktu menerima bil hospital. Bius epidural tidak dimasukkan dlm senarai resit. Ianya dihilangkan.

Org yang bersalah juga sudah dikenakan tindakan.

Budak yang masuk NICU itu alhamduliah. Sudah semakin besar. Cerdik dan cerdas. Serta cergas.

Selama 9 hari di NICU. Si ayah yang bodoh tidak berilmu itu mengazankan anaknya dlm keadaan tidak memeluk anaknya.

Hari pertama anak mereka sampai ke alam manusia. Ibu dan ayah mereka tidak dpt menyentuhnya selama 5 hari.

Semuanya sebab ayahnya bodoh. Menilai semua perkara dengan wang.

Semua ini akan terpahat dalam hati pasangan ini selamanya. Pengajaran untuk kita bersama.

Mereka namakan anak itu Nur Hannah Rohani.

Nur bermaksud cahaya Muhammad, dari situ bermula semuanya.

Hannah bermaksud sayang

Rohani bersempena dengan nama arwah mak toknya.

“Sampai bila2, parut dan kesan suntikan epidural itu akan jadi saksi. Tidak ada anak lain jadi mangsa perniagaan perubatan.

Harga bius epidural mencecah hampir Rm1000.00 “

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ml5GZo

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.