Hi! Welcome Back and Stay Tune! HTC Hadir Dengan HTC U Ultra Yang Menggunakan Skrin Kaca Nilam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HTC Hadir Dengan HTC U Ultra Yang Menggunakan Skrin Kaca Nilam

HTC pada minggu lepas telah mengumumkan mereka mempunyai “kejutan” untuk pengguna, dan hari ini HTC Taiwan secara rasminya mengumumkan kejutan berkenaan – iaitu sebuah HTC U Ultra yang dilengkapi dengan skrin kaca nilam (sapphire).

HTC U Ultra hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci pada resolusi 2K, dan cip Snapdragon 821. Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi dengan kamera 12-megapixel f/1.8 OIS selain kamera 16-megapixel pada bahagian hadapan.

Selain perubahan pada skrin, ia juga kini menawarkan ruangan storan bersaiz 128GB. Dengan penggunaan kaca nilam, dan harga HTC U Ultra yang sedia mahal, peranti versi baru ini membawakan tanda harga lebih tinggi iaitu NT$28900 (sekitar RM4071).

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak HTC akan memasarkannya di luar Taiwan ataupun tidak. Dengan harga yang sangat tinggi ini, HTC mungkin akan sedikit sukar untuk memasarkannya – apatah lagi dengan pelbagai ulasan peranti ini yang tidak begitu memihak kepada mereka.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nJufw2



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.