Skuad B-22 Ikat China Di Dubai
KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara mengutip satu mata pada aksi pembuka tirai kejohanan Piala Dubai 2017 selepas terikat 1-1 dengan China, sebentar tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Kelab Pegawai Polis, Dubai itu, skuad kendalian Frank Bernhardt memberi saingan sengit yang menyaksikan aksi separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.
Gawang skuad B-22 bocor pada minit ke-68 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Yao Jun Sheng.
Ketika perlawanan dilihat berpihak kepada China, N Thanabalan muncul penyelamat skuad B-22 negara apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-90.
Biarpun sekadar seri, keputusan itu pasti memberi semangat tambahan buat anak buah Bernhardt sebelum mengharungi perlawanan kedua berdepan Thailand, Khamis ini.
Dalam satu lagi aksi yang berlangsung sebentar tadi, skuad B-22 Singapura tewas 2-0 kepada Jordan.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nD2GI3✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment