Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tragedi Di Inap Desa: Kanak-kanak 3 Tahun Lemas Dalam Kolam Mini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tragedi Di Inap Desa: Kanak-kanak 3 Tahun Lemas Dalam Kolam Mini

CHEMOR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan lemas di kolam renang mini sebuah inap desa di Tanah Hitam, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa ditemui dalam keadaan terapung oleh bapanya berusia 41 tahun selepas sedar daripada tidur.

“Keluarga berkenaan menyewa di inap desa tersebut dan pada jam 11 pagi bapa serta anak bongsunya iaitu mangsa berehat di ruang tamu, apabila sedar mangsa sudah tiada.

“Beliau kemudian pergi mencari dan terjumpa mangsa dalam keadaan terapung dalam mini pool dan tidak sedarkan diri,” katanya beliau dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau turut memberitahu bapa mangsa kemudiannnya terus menghubungi adik iparnya untuk meminta bantuan dan pegawai perubatan yang hadir telah mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Pemeriksaan tubuh badan mangsa dapati tiada kecederaan serta tiada unsur-unsur jenayah dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas.

“Pengadu iaitu bapanya bekerja sebagai penyelia dan beralamat di Ayer Tawar, Perak manakala anak bongsunya itu beralamat di Sepang, Selangor,” ujarnya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mMzqKZ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.