Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Siapa Yang Paksa Ambil Epidural Di Hospital Kerajaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Siapa Yang Paksa Ambil Epidural Di Hospital Kerajaan

Timbul pula persoalan adakah benar kalau lepas bersalin anak masuk ke NICU/SCN/Nursery dalam hospital ibubapa tidak dibenarkan melawat/pegang/tengok. Boleh ye. Takde masalah. Tapi ibubapa jela.

Mari kita sama2 menghayati kisah yang pernah dikongsi oleh seorang bapa yang pernah dianggap sebagai bapa terbaik dalam Malaysia kerana taknak susu isteri drop tapi kat luar masih mengaku bujang sampai ibu sendiri doa dia dapat balasan setimpal. Tidak lupa juga ramai ibu2 yang tag suami masing2 dan inginkan suami yang berperwatakan seperti Abu Hannah Al-Neneni ini.

MasyaAllah. Berlinangan air mata admin membaca cerita fiksyen abang sayang buah hati pengarang jantung Abu Hannah ini. Terusik sungguh hati walaupon karya banyak plot loopholes sebab main tibai je cakap. Tetapi tetap terusik hati ini.

1. Ketahuilah di hospital kerajaan, nearly SEMUA permintaan epidural adalah daripada pesakit SENDIRI. Tiada siapa nak “paksa”, “ugut” atau “anaiya” suruh ambil. Si ibu nak less painful delivery kita cuba tunaikan. Sebab satu hal nak panggil geng anaes turun tolong cucuk. Orang lain tak boleh cucuk ye. Hiks.

2. Push2 taknak keluar kalau jalan dah 10cm kalau ambil masa lama itu kita panggil ‘prolonged second stage of labour’. Sebab itu kita kena sentiasa monitor dengan CTG. Bukan bini dia je. Ramai ibu2 anak pertama tak pandai teran. Sebab itu kena belajar teknik pernafasan. Belom full os jgn layan teran. Nanti penat. Punggung jangan angkat. Nak teran make sure dagu ke dada. Nak teran jangan sampai keluar bunyi. Nak teran tunggu rasa sakit contraction tu baru senang. Nak teran jangan tahan nafas kat muka je tak raise pon abdominal pressure tolong anak keluar. Semua benda ni semua midwive/bidan tahu dan akan nasihat dalam labour room. DOULA pon tak tahu tau. Wahahaha.

3. Same goes with vacuum assisted delivery. Anak tu dah start descend (turun), station dah lebih 2+, CTG tak cantik asyik non reassuring decels je, mak dah semput tak larat nak teran, dahtu takkan kita nak tgk je? Bila belah perut tu marah pulak. Bukannya takde risiko sendiri. Bila orang push fundus rahim dan tolong tarik keluar anak yang bakal lemas lagi lama biar tetiba kena marah pulak?

4. Dia ada kutuk pasal doktor pelatih so most probably deliver dekat hospital kerajaan. Tiada HO di private ye. Epidural dekat private lebih 1k bang sebab campur caj anaes. Epidural di hospital kerajaan murah sangat tak sampai 1k sebab tiada caj anaes dan ianya disubsidi. Jauh lebih murah. Tiada siapa kesah nak sembunyikan lol.

5. Mereka bawa anak ke NICU sebab nak selamatkan anak. Bukan sebab nak pedajal mak bapak. Kalau ok boleh la peluk. Kalau APGAR score seminit dan lima minit 3 celah mana nak dulukan azan atau skin to skin. Budak tu tak bernafas. Kita make sure dia bernafas dan CONTINUE boleh bernafas. Lepas ok semua tu ko nak buat apa pon Lokman lantak kau lah. Orang bukan nak pedajal si anak ataupon ibubapa. Kalau betol2 nak buat tu, keluar je budak tu tak bernafas kita drop je on the floor. Itu baru kejam.

6. NICU bukan ibubapa tak boleh melawat. Boleh. Bagi susu pon boleh. 5 hari tak boleh tgk langsung mengarut je. Apetah lagi 9 hari. Paling koman pon pakai sterile gown nak tengok anak. Cerita mengarut. Sentuhan ibubapa dapat membantu proses penyembuhan itu sendiri ye.

7. Perasaan jugak si Lokman ni macam ada fixation dengan kulit bersih. Berapa kali dah cerita anak dia kulit bersih hingga orang lain puji. “Doktor pon terkejut kulit anak saya bersih!”. Walaupon anak dia baru lahir dan tidak bernafas. Walaupon ramai je bayi2 baru lahir semua muka dan colour kulit macam alien. Taksub sangat dengan kulit bersih ni dah kenapa. Mungkin sebab tu bila anak kena eczema DUA BULAN selepas suntikan BCG dia main sebat je tuduh vaksin itu sebagai AEFI ye. Not surprising.

8. Kalau ada masalah medical negligence(kecuaian) pon, sah2 anda TIDAK perlu rujuk FOMCA. Sebab ianya bukan badan berkanun. Dia NGO je. Tribunal pengguna pon tidak terlibat ataupon ada kena mengena. Itu la masalahnya nak merapu tak buat homework. Tak payah expose, dah tunjuk bangang sendiri.

9. Next pregnancy nanti boleh la buat homebirth, dah semua hospital untuk anak tu tak cukup bagus ataupon bodoh dikacamata. Suruh adik si doula tu (ingatkan kakak sebab nampak berusia, mintak maaf) tolong sambut. Aik takkan si adik buat homebirth utk orang lain berani tapi ipar sendiri TAKUT? Tak percaya kepada kemahiran kelahiran fitrah yang dipelajari selama 21jam itu sahaja ke?Yang juga disanjung sanjung berbanding kelahiran di hospital yang iatrogenic dan penuh dengan dadah? Bak kata doula Yatt.

10. Saya bukan selalu nak tibai si Lokman ni. Kita nak menentang pseudothinking ni actually ramai dan byk point boleh raise up. Tapi masalahnya dia ni fit ALL THE POINTS.

Teruskan berkarya wahai abang sayang buah hati pengarang jantung. Walaupon mengarut. Walaupon takde sotong macam karya2 cinta masa kini. Boleh jadi hiburan sambil2 minum teh petang-petang ni.

SumberPseudoscience Watch

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mHOGrE

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.