Yana Samsudin Tak Kisah Peminat Panggil Mateen Shin Chan
300
Hiburan
Pelakon Yana Samsudin akui tidak kisah dengan gelaran Shin Chan yang diberikan peminat kepada anak sulungnya, Aisy Mateen yang kini berusia tujuh bulan.
Menurut Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 33, dia mengetahui perkara tersebut selepas membaca komen-komen yang diberikan oleh peminat menerusi akaun Instagram (IG) anaknya itu.
“Saya memang ada terbaca komen-komen yang mengatakan Mateen sangat comel seperti Shin Chan dan saya rasa perkara itu tidak mendatangkan masalah.
“Sebenarnya saya tak kisah sekiranya mereka nak berikan gelaran seperti itu asalkan tidak menyamai benda-benda yang tidak sepatutnya.
“Saya sendiri pun gelarkan Mateen sebagai pak lawak kerana anak saya ini seorang yang sangat periang.
“Karakter serta kelakuannya juga agak kelakar, ada saja benda-benda lucu dia buat sehingga kami ketawa melihat gelagatnya.
“Nak panggil Shin Chan ke, Along Sweetchild ke tak apa, asalkan tidak memanggilnya dengan gelaran kurang sopan,” katanya kepada Astro Gempak.
Bercerita mengenai anak, Yana memberitahu dia sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua.
“Saya tak kisah seandainya dikurniakan rezeki oleh tuhan untuk kembali hamil dan saya sudah bersedia.
“Lagipun usia saya bukannya muda dan kalau boleh saya serta suami mahukan anak yang ramai, barulah meriah,” ujarnya.
Dalam perkembangan terbaru, Yana bakal muncul dengan drama terbaru berjudul Jadikan Aku Yang kedua yang akan ditayangkan di Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135) mulai 3 April depan.
Selain Yana, drama tersebut turut dibintangi oleh Amyra Rosli dan Amar Baharin.
Teks oleh: Mya Amri
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment