Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa Mat Salleh Kahwin Jemput 100 Orang Tetapi Orang Melayu Perlu Sampai 1000 Orang? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa Mat Salleh Kahwin Jemput 100 Orang Tetapi Orang Melayu Perlu Sampai 1000 Orang?

Orang Melayu ini, kadang-kadang bangsa yang pelik. Sanggup bergolok bergadai berhutang menjemput 1,000 tetamu ke majlis perkahwinan. Padahal cuma mampu untuk menjemput tetamu tak sampai 300 orang.

Kalau mampu jemput 300 orang, jemputlah 300. Sunnah buat jamuan (ada ulama mengatakan wajib) tetapi mengikut kemampuan. Wajib menghebahkan perkahwinan tersebut.

Namun di zaman media sosial ini, hebahan melalui Facebook, Twitter atau Instagram sudah lebih dari cukup.

Objektif utama majlis perkahwinan ialah ijabkabul. Bukannya beri orang makan. Setakat nak pahala beri orang makan, belanja saya Lauktwoyou Resources delivery untuk seminggu pun boleh dapat pahala.

Kegunaan media sosial bukan sekadar bergosip, muat naik gambar makanan, selfie, tengok porno atau kongsi video kucing.
Buat majlis kahwin bagai nak rak, kononnya tak mahu makcik pakcik paklang maksu mekyah meknab kecil hati. Kemudian selepas kahwin, pengantin jilat dinding. Malah minggu ini ramai lelaki single mencemuh bila saya kata kalau kedua-duanya sudah bekerja, girlfriend harus tinggalkan boyfriend selepas tiga tahu mereka belum dinikahkan secara sah.

“Mana cukup nak kumpul duit dalam tempoh tiga tahun saja? Kena sara mak ayah, bayar hutang PTPTN, belanja sekolah adik beradik, hantar parents pergi haji bla.. bla.. bla..”

Tetapi dalam tempoh tiga tahun itu sanggup pula usung anak dara orang dating peluk cium pegang tangan sana sini. Jaga ikhtilat la sangat.

Tuan Norizan bin Sharif atau Nobisha adalah Pengarah Eksekutif Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang telah menikahkan dua orang anaknya dengan bajet sederhana.

Saya memandang tinggi pada Tuan Nobisha kerana ilmu dan pengalamannya membantu ribuan usahawan kecil membangunkan bisnes sehingga berjaya. Kalau nak minta tips bagaimana merancang bajet dan belanja perkahwinan, mintalah dari beliau. Jangan jadi bodoh sombong (2017).

Tetapi, pelikkan, kenapa mat saleh kahwin jemput 100 orang, tapi orang Melayu kahwin jemput 1000 orang?

Senang saja jawapan kepada persoalan ini.

Sebab institusi kekeluargaan orang Melayu lebih utuh daripada barat yang dah hampir runtuh. Kita orang Melayu, secara kebiasannya mempunyai keluarga yang sangat besar.

Kita boleh kenal nenek sedara, dua pupu, tiga pupu, empat pupu dan kau boleh kira sendiri. Bahkan, kita masih berhubung dengan saudara-saudara jauh ni.

Kalau hari raya, kau orang tentu ingat masa balik kampung dan nak beraya rumah saudara-saudara kita? Ada masanya mak ayah kita bawa mengembara kita singgah rumah saudara jauh yang kita sendiri tak pernah jumpa. Entah sampai ke beberapa pupu… lepas berbual, barulah tahu yang rumah si polan tu rupanya tiga pupu mak kau dulu.

Lagi dasyat ialah satu kampung yang semuanya bersaudara. Yalah masa ratusan tahun nak bukak kampung tu dulu, yang mengasasnya dari tiga dan empat keluarga yang dalam proses exodus mereka tersendiri. Lepas dah buka kampung kat tempat asing, mereka pun saling kahwinkan anak dara dan teruna masing-masing untuk kukuhkan lagi hubungan antara beberapa keluarga ni.

Masa pun bergulir, kampung pun makin besar selepas beberapa generasi, maka secara tak langsung kebanyakan penduduk kampung tu bersaudara. Macam kes atuk aku, nenek aku bagitahu kat Banting, ada satu kampung tu kebanyakan penghuninya saudara jauh aku.

Budaya begini tak wujud dalam kebanyakan intitusi kekeluargaan kat barat. Salah satu faktornya ialah pergaulan bebas yang dah tak kenal ikatan yang sah lagi, yang menyumbang kepada ranapnya institusi kekeluargaan di sana.

Itulah indahnya silaturahim orang Melayu.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nKcFIj

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.