Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Tahniah, Selamat Maju Jaya PPBM" – Nik Abduh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Tahniah, Selamat Maju Jaya PPBM" – Nik Abduh

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Mohd Abdul Nik Abdul Aziz mengucapkan tahniah kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas secara rasmi diterima menyertai Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Jelasnya, apabila PPBM menjalinkan hubungan dengan PH, maka hubungan PPBM dengan Pas juga terputus secara automatik.

Namun, katanya, perkara tersebut tetap akan dibawa ke dalam Mesyuarat Pas Pusat bagi merasmikan status hubungan tersebut.

“Kita (Pas) mengucapkan tahniah kepada PPBM kerana sudah rasmi hubungan dalam PH. Selamat maju jaya untuk PPBM.

“Kita akan bawa perkara itu dalam mesyuarat. Tok Guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sudah sebut semalam, kalau rasmi PPBM dengan PH maka rasmi juga sebelah sini (Pas).

“Cuma perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat (untuk memutuskan) secara rasmi hubungan PAS dengan PPBM,” katanya ketika ditemui media lobi Parlimen di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebulat suara menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ke dalam gabungan itu.

PH juga akan didaftarkan secara rasmi serta mewujudkan manifesto dan logo baharu.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ndPWXF

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.