Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Kini Membolehkan Anda Menyewa Surface Pro Di Malaysia Pada Harga Serendah RM212 Sebulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Kini Membolehkan Anda Menyewa Surface Pro Di Malaysia Pada Harga Serendah RM212 Sebulan

Peranti dua-dalam-satu, Microsoft Surface Pro merupakan salah satu peranti Windows yang paling berkuasa yang diminati ramai. Akan tetapi, harga untuk salah sebuah tablet ini agak mahal, dan aksesori seperti cover papan kekuncinya harus dibeli secara berasingan untuk memaksimakan penggunaan peranti Surface Pro ini sebagai sebuah komputer.

Terkini, di Malaysia, Microsoft telah bekerja bersama syarikat pengedar barangan IT tempatan Ingram Micro dan juga 3StepIT untuk memperkenalkan pelan penyewaan Surface As A Service. Pelan Surface As A Service ini terdiri daripada penyewaan sebuah tablet Surface Pro 4, papan kekunci Type Cover, dan juga langganan kepada perisian pejabat Office 365.

Spesifikasi untuk Surface Pro 4 yang akan digunakan untuk pelan ini menggunakan cip pemprosesan Intel Core i5, RAM sebanyak 8GB dan juga storan SSD sebanyak 256GB.

Bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk melanggani pelan Surface As A Service, mereka perlu melanggani untuk sekurang-kurangnya lima Surface Pro 4, dan mereka boleh memilih untuk sama ada menyewa peranti-peranti tersebut untuk jangka masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk RM280 ataupun 3 tahun untuk RM212 – untuk setiap peranti.

Dengan pelan ini juga, syarikat-syarikat tempatan bukan sahaja mampu menyewa peranti Surface Pro 4 untuk pekerja-pekerja mereka tanpa mengeluarkan kos awalan yang tinggi, malah pelan ini juga termasuk segar-semula peranti di masa yang akan datang, servis sokongan sepanjang masa, dan juga pengambilan semula peranti sekiranya anda tidak lagi mahu menggunakan pelan Surface As A Service ini.

Layari laman web Surface As A Service

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mkd8nT



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.