Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kekalahan Nik Abduh: PAS Tidak Tolak Legasi Nik Aziz – Mohd Amar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kekalahan Nik Abduh: PAS Tidak Tolak Legasi Nik Aziz – Mohd Amar

KOTA BHARU : Perwakilan Pas kawasan Pengkalan Chepa tidak menolak Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz atau menamatkan legasi ayahnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas beliau tewas dalam pemilihan berkenaan.

Sebaliknya menurut Yang Dipertua Pas kawasan Pengkalan Chepa, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, peranan Nik Abduh lebih diperlukan di peringkat pusat selaku Ketua Dewan Pemuda Pas dan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas.

“Nik Abduh adalah Ketua Pemuda Pas dan juga Ahli Parlimen Pasir Mas. Dengan tanggungjawab itu, sudah tentu beliau tidak mempunyai masa memadai untuk memberi tumpuan penuh di kawasan Pengkalan Chepa kerana mempunyai jawatan lebih besar iaitu Ketua Pemuda Pas.

“(Pemenang) Dr Izani Husin adalah orang paling layak memandangkan beliau juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. Itu pandangan saya mengenai kekalahan Nik Abduh dan ia tidak bermakna orang menolak beliau atau legasi bapanya,” katanya.

Nik Mohamad Abduh gagal merebut jawatan Timbalan Yang Dipertua dari penyandangnya Dr Izani Husin yang mendapat  209 undi berbanding beliau yang memperoleh 37 undi dalam pemilihan PAS kawasan Pengkalan Chepa pada Sabtu.

Sementara itu Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS menjelaskan sebarang keputusan berhubung samada Pas  akan meneruskan kerjasama politik dengan PKR akan dapat diketahui pada Muktamar bulan depan.

Katanya walaupun ada usul dari Dewan Pemuda Pas kawasan Tumpat dan Pas kawasan Permatang Pauh supaya memutuskan kerjasama politik dengan PKR, namun ianya hanya boleh diputuskan dalam Muktamar nanti.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ndcXKf

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.