Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terbuka India: Chong Wei Sah Tarik Diri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terbuka India: Chong Wei Sah Tarik Diri

CHONG Wei sah menarik diri dari saingan Terbuka India yang bermula 28 Mac hingga 2 April ini. – Foto fail AP

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei sah menarik diri dari saingan Terbuka India yang bermula 28 Mac hingga 2 April ini kerana mahu fokus sepenuhnya terhadap proses pemulihan kecederaan lutut dialaminya.

Jurulatih perseorangan lelaki, Tey Seu Bock, berkata walaupun Chong Wei tidak mengalami kesakitan lagi namun keputusan tidak ke New Delhi dibuat bagi memastikan kecederaan sama tidak berulang.

“Chong Wei akan beri fokus sepenuhnya kepada proses pemulihan dan persiapan menghadapi Terbuka Malaysia (di Kuching, Sarawak bermula 4 hingga 9 April ini). Dia tidak rasa sakit lagi tetapi perlu berjaga-jaga kerana tidak mahu kecederaan sama berulang,” kata Seu Bock.

Pemain nombor satu dunia itu mengalami kecederaan lutut pada 4 Februari lalu selepas terjatuh akibat permukaan gelanggang licin di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara ketika sesi latihan.

Bagaimanapun, dia yang belum pulih sepenuhnya ketika itu membuktikan reputasinya sebagai jaguh dunia apabila menjuarai gelaran Seluruh England buat kali keempat minggu lalu.

Sebelum ini Chong Wei memberi bayangan tidak akan beraksi di Terbuka India kerana kecederaan lututnya masih belum pulih 100 peratus dan mahu membuat persediaan bagi memburu gelaran ke-12 Terbuka Malaysia.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nJuZ4x

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.