Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak Saya Tiada Laman Sosial – Ziana Zain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak Saya Tiada Laman Sosial – Ziana Zain

14 Mac 2017. 5.24 PM


136

Hiburan

Anak Saya Tiada Laman Sosial - Ziana Zain

Penyanyi dan pelakon Ziana Zain mendedahkan anak-anaknya tidak mempunyai sebarang akaun laman sosial.

Mendirikan rumah tangga dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri pada tahun 1998, Ziana mempunyai empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 17, dan Muhammad Ammar, 13, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 8.

“Anak saya kurang terdedah dengan laman sosial. Dulu, anak pertama saya, Aiman mempunyai laman Facebook. Selepas dia mempunyai laman sosial tersebut, ramai orang yang mahu add Aiman sebagai kawan.

“Kebanyakan orang yang add Aiman merupakan kawan-kawan serta peminat saya, bukannya kawan Aiman. Jadi, dia mengambil keputusan untuk memadam akaun tersebut,” kata Ziana kepada Astro Gempak.

Tambah penyanyi lagu Kemelut Di Muara Kasih ini, dia enggan anak-anaknya terlalu leka dengan media sosial.

“Kalau boleh saya tak mahu anak saya terdedah dan terlalu leka dengan laman sosial. Namun begitu, perubahan teknologi di zaman sekarang memang sukar untuk saya jangka.

“Saya pun tak tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Buat masa sekarang, saya tidak nampak mereka mempunyai minat dan leka terhadap perkara tersebut,” katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mGgYEv

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.