Hi! Welcome Back and Stay Tune! Disney Enggan Sunting Filem Beauty And The Beast, Tarikh Tayangan Belum Pasti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Disney Enggan Sunting Filem Beauty And The Beast, Tarikh Tayangan Belum Pasti

KONTROVERSI tayangan filem Beauty and the Beast berterusan apabila Walt Disney Co dilaporkan enggan membuat suntingan seperti yang diarahkan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Portal berita Bloomberg melaporkan, Disney mengambil keputusan untuk menangguhkan tayangan itu ke satu tarikh yang belum ditetapkan, namun tidak akan membuat sebarang suntingan.

“Filem itu belum disunting dan tidak akan disunting untuk tayangan di Malaysia,” itu kenyataan yang dibuat Disney kepada Bloomberg.

LPF sebelum ini memberi pelepasan untuk filem berkenaan ditayangkan di Malaysia dengan syarat babak yang membabitkan watak lelaki gay, Le Fou (lakonan Josh Gad), disunting.

Babak tersebut dianggarkan berdurasi kira-kira empat minit.

Filem itu juga diarahkan meletakkan rating P13, di mana penonton di bawah usia 13 tahun perlu ditemani orang dewasa.

BACA: Tayangan filem ‘Beauty and the Beast’ di Malaysia ditangguh

Menurut Pengerusi LPF Datuk Abdul Halim Abdul Hamid, filem tersebut boleh ditayangkan pada bila-bila masa selepas suntingan dibuat.

Pengusaha pawagam utama seperti TGV Cinemas dan Golden Screen Cinemas setakat ini masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai tarikh tayangan baharu bagi filem tersebut.

Filem Beauty and the Beast dibarisi pelakon ternama antaranya Emma Watson, Ewan McGregor, Gugu Mbatha-Raw, Ian McKellen dan Stanley Tucci.

Ia sepatutnya mula ditayangkan di Malaysia pada Khamis, 16 Mac.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n8r9EL

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.