Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dybala Bantu Juve Atasi Porto - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dybala Bantu Juve Atasi Porto

PAULO Dybala (kanan) meraikan jaringan gol ketika Juventus menetang Porto pada suku akhir Liga Juara-Juara. – Foto REUTERS

TURIN (ITALI): Penalti babak pertama yang disempurnakan Paulo Dybala membawa Juventus ke suku akhir Liga Juara-Juara hasil kemenangan 3-0 secara agregat ke atas Porto.

Pengendali Porto Nuno Espirito Santo sejak awal lagi mengakui pasukannya tidak mempunyai peluang untuk mengatasi defisit 2-0 hasil kekalahan perlawanan pertama di Estadio do Dragao.

Juve mengesahkan tiket mereka apabila Dybala menyempurnakan sepakan penalti lima minit sebelum rehat, yang diberikan pengadil selepas Maxi Pereira menyentuh bola dengan tangan. Pereira turut dilayangkan kad merah.

Juventus melebarkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri dalam saingan Eropah kepada 21 perlawanan, dengan kekalahan terakhir ialah kepada Bayern Munich pada suku akhir Liga Juara-Juara 2013.

Lawan mereka di suku akhir hanya akan diketahui selepas undian dilakukan Jumaat ini dan Dybala berkata dia mengharapkan pertemuan semula dengan Barcelona sekiranya Juventus mampu melangkah ke final sekali lagi.

“Dengan skuad yang kami ada, kami tidak boleh fikir untuk tidak ke final,” kata pemain Argentina itu. “Saya memilih Barcelona untuk menebus kekecewaan dua tahun lalu (Juve tewas 3-1). – Reuters

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mXGPu3

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.