Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ed Sheeran Bakal Membintangi Siri Game Of Thrones - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ed Sheeran Bakal Membintangi Siri Game Of Thrones

14 Mac 2017. 8.00 PM


17

Hiburan

Ed Sheeran Bakal Membintangi Siri Game Of Thrones

Penyanyi dan penulis lirik Ed Sheeran bakal muncul dalam francais ketujuh drama bersiri popular HBO, Game Of Thrones.

Pendedahan itu dibuat sendiri oleh penerbit drama berkenaan, David Benioff dan DB Weiss dalam satu acara baru-baru ini.

Penyanyi lagu Shape of You itu turut mengesahkan pembabitannya menerusi kemaskini di laman sosial Twitter semalam. Tulis Sheeran, 26; “Guess the cat’s out the bag…” yang secara tidak langsung memberikan klu kepada teka-teki tersebut.

Bercakap kepada media, Benioff dan Weiss memaklumkan mereka telah menyunting Sheeran untuk berlakon dalam drama tersebut memandangkan pelakon utamanya merupakan peminat fanatik penyanyi itu.

“Bertahun-tahun lamanya kami cuba mendapatkan Sheeran untuk drama ini untuk memberikan kejutan buat Maisie Williams dan akhirnya pada tahun ini kami berjaya mendapatkan dia,” katanya ketika acara South by Southwest Festival di Austin Texas baru-baru ini.

Maklumat lanjut mengenai watak Sheeran dalam drama bersiri itu bagaimanapun masih dirahsiakan.

Drama siri bergenre fantasi itu akan memulakan siaran pada bulan Julai hadapan.

Sheeran bukanlah penyanyi pertama yang mendapat cameo dalam drama bersiri itu. Sebelum ini anggota kumpulan Coldplay, Will Champion dan Gary Lightbody (Snow Patrol) pernah muncul dalam beberapa episod Game Of Thrones.

Olahan oleh: Amri Hassan

Sumber: The Guardian

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n7fpSF

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.