Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hafiz Hamidun Bakal Bernikah 1 Mei Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hafiz Hamidun Bakal Bernikah 1 Mei Ini

Hafiz Hamidun

“Insya-Allah, saya akan umumkan secara rasmi di majlis sidang media yang akan diadakan di Shah Alam. Lokasinya, saya akan umumkan nanti,” kata Hafiz kepada Harian Metro.

Penyanyi, Hafiz Hamidun mengesahkan bakal bernikah dengan gadis pilihannya, Siti Arifah Amin, 30 pada 1 Mei ini.

Hafiz, 33, bagaimanapun enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai bakal isterinya dan akan membuat sidang media pengumuman khas serta majlis bertunang pada 22 Mac ini.

Menurut penyanyi lagu Jodoh Berdua itu, dia dan bakal isterinya saling mengenali satu sama lain sejak dua bulan lalu.

“Perkenalan kami bermula sejak dua bulan lalu. Mungkin tidak terlalu lama, tetapi proses perkenalan antara kami akan diteruskan selepas bernikah,” katanya.

Bekas anggota kumpulan nasyid In-team itu juga memaklumkan bahawa majlis persandingan akan berlangsung pada 1 Julai bersamaan 7 Syawal manakala satu lagi majlis di kampung sebelah pihak lelaki di Perak akan berlangsung pada 7 Julai.

Hafiz juga memohon agar peminat mendoakan yang terbaik buatnya dan bakal isteri sekaligus mengharapkan agar semuanya berjalan dengan lancar.

“Saya harap peminat akan mendoakan agar perjalanan rancangan saya berjalan dengan lancar,” katanya. – HMetro

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mrdLXO

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.