Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkhidmatan Imigresen Di KLIA Diiktiraf Terbaik Di Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkhidmatan Imigresen Di KLIA Diiktiraf Terbaik Di Dunia

AMSTERDAM: Perkhidmatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) diktiraf dan dianugerahkan sebagai Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia pada Majlis Anugerah Lapangan Terbang Dunia SKYTRAX di Ekspo Terminal Penumpang di Amsterdam, Belanda, semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata kemenangan itu mencerminkan tahap perkhidmatan tinggi warga kerja Jabatan Imigresen di KLIA selaras dengan slogan Integriti Profesional Mesra yang sentiasa diterapkan dalam penyampaian perkhidmatan Jabatan Imigresen.

“Berdasarkan maklum balas yang diterima, ia bukan sahaja dari segi kecekapan keseluruhan perkhidmatan, malah kualiti dan budi bahasa anggota yang bertugas dengan mengutamakan kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan negara, di samping kerjasama pelbagai pihak, khususnya Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan Pengendali Syarikat-Syarikat Penerbangan (AOC),” katanya.

Anugerah Lapangan Terbang Dunia itu adalah berasaskan kajian daripada 13.82 juta responden melibatkan lebih 105 rakyat pelbagai negara yang menaiki pesawat, meliputi lebih 580 lapangan terbang di seluruh dunia.

Kajian itu menilai pengalaman pengguna merentas 580 perkhidmatan lapangan terbang berlainan dan faktor produk, daripada pemeriksaan masuk, ketibaan dan pemindahan, sehinggalah pelepasan. Kualiti dan hospitaliti menjadi keutamaan dalam aspek penilaian.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nDkrDl

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.