Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM Najib Bakal Umum Jika Rundingan Rasmi Dengan Pyongyang Bermula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM Najib Bakal Umum Jika Rundingan Rasmi Dengan Pyongyang Bermula

KUALA LUMPUR: Rundingan rasmi untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Korea Utara masih belum dimulakan secara rasmi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sehingga kini, semua rakyat Malaysia di sana berada dalam keadaan selamat.

“Apabila tiba masanya, kita akan memulakan rundingan rasmi,” kata Najib ketika ditanya di Lobi Parlimen tentang status rundingan Malaysia dan Korea Utara.

Apabila ditanya untuk butiran mengenai proses rundingan yang sudah berjalan, Najib enggan mengulas lanjut.

“Ini sahaja yang boleh saya kongsi buat masa sekarang. Saya akan maklumkan sekiranya ada perkembangan baharu,” kata beliau.

Ketika ini, sembilan rakyat Malaysia masih berada di Kedutaan Korea Utara dan dilarang keluar dari negara itu.

Perdana Menteri sebelum ini berkata, Malaysia tidak akan menggunakan jalan perbalahan dengan Korea Utara bagi menyelesaikan konflik berkenaan.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan pembunuhan Kim Chol, yang telah disahkan polis sebagai Kim Jong-nam, iaitu abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada 13 Feb lalu.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2npIPMA

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.